Qasey Honey. Powered by Blogger.

RAINBOW CAKE

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Selamat malam semua... 


Hari ni 5.1.2012 adalah hari lahir kawan opis QH...Kak Azimah...Selamat Hari Lahir yea kak...semoga panjang umur dan memanfaatkan usia yang diberi oleh Allah ini, semoga menjadi insan yang cemerlang dan terbilang dari segi imannya, dimurahkan rezeki dan berbahagia disisi suami tercinta...semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...ceria2 selalu dan semoga ape yang dihajati akan tercapai...Amin...suami akak ni pon ade jugak tadi...kebetulan suami dia MC...lagi meriah la majlis ni...

"Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan Kak Azimah...Allah selamatkan kamu..."



Bersempena pada hari tersebut...QH buat rainbow cake lagi...atas permintaan seorang kawan yang agak rapat dan baik dengan kakaknya ni...Rawi nama budak ni...dia mintak QH buatkan kek...dia tak kisah ape2 kek...konon nak surprise la kat kakak dia ni...QH pon tak sangka boleh dia ingat besday kakak tu...QH pon buatkan la...bersebab buat rainbow kek ni...hari tu masa QH buat dan publish kek ni di wall FB...banyak komen2 yang tertera disitu oleh diorang ni...masa tu kan QH cuti seminggu...so tak dapat la nak merasa...tahan air liur aje la mereka2 tu...lagipon masa buat  hari tu kek ni QH macam tak puas lak makannya...tu yang pilih kek ni...hehehe...ikut selera sendiri lak kan (mesti nak lebih2 tau)...so QH puas dan lega juga mereka2 ni dapat jugak merasakan...


Kawan2 opis yang terapat lak...diorang tu semua bahagian pemakanan...haha...buat jamuan kecil-kecilan aje...seronokkan bile kita berkongsi buat sesuatu majlis walaupon tak semengah mane...janji kita happy...antara menu yang ada di majlis tu tadi mee hoon sup dan sandwich telur...


Ade cerita sebenarnya...tadi konon nak buat la surprise untuk kak Azimah ni...sebab tadi dia keluar sekejap pegi bank dengan suami dia...kitaorang pon leka2 la...ingatkan dia lama kat sana...tau2 aje la sekarang musim dividen ASB dah keluarkan...sekali tengah sibuk buat sandwich dengan mulut pon sibuk mengunyah...tetiba aje dia muncul...dah dia ternampak kek yang belum dibubuh lilin tu...dah menyusun lilin dihadapan beliau...memang tak boleh nak buat ape2 lagi...hihihi...padahal masa dia ade kat opis sebelum tu...puas juga la menyorokkan kek ni dari dia nampak...kiranya surprise tak menjadi la ni...


Resepi untuk rainbow cake ni...sama macam resepi yang lepas...cuma tak letak perasa la...sebab QH guna filling blueberry untuk setiap lapisan kek ni...sebab masing2 tak berapa suka bile terlalu banyak cream kat kek tu...


Nak tengok resepi sila scroll ke bawah yea...atau disini...atau disini...


Rainbow Cake

Bahan2
430gm tepung gandum all purpose – QH guna tepung kek
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam
pewarna
serbuk koko secukupnya (K1 tambah) – QH xletak

400ml whip topping krim - di putar hingga kembang
(untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek) – QH xguna

Loyang 8" di alas dan di gris 
Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.
6. Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
7. Letak lapisan pertama di atas papan cake, sapu krim secukupnya, ayak serbuk koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua, buat yang sama hingga habis.
8. Sapu tipis seluruh badan kek dengan krim dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau semalaman. Simpan krim selebihnya di dalam peti sejuk.
9. Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya.


BUTTERCREAM 

Bahan2 ( sebiji kek )
  • 250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)
  • 125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell)
  • 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)

Cara-cara
1. Pukul butter + marvello hingga putih. Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek. 
2.  TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masa lah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.

5 comments

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam kenal dari mamahawa QH :)
Ramai yg dh mencuba rainbow cake nih ... cantik & kemas jer hasil tangan QH :)

Qasey Honey said...

slm perkenalan juga...tima kasih kerana sudi baca n follow blog ni...

aha ramai yg mcuba kek ni...sedap kek ni...tp secantik kek yg QH deco ni...

Nur-nba said...

Cantik deco kek ni.. QH memang kreatif.. :D

mayangbakingmadness said...

QH nak try wat kek ni lak.. doa kan berjaya ekk... pastu nak infom amik resepi lak ... heheheh cam nak gi berjuang lak... arap2 menjadi lah hendaknyer....

mayangbakingmadness said...

QH saya mintak izin copy ekk resepi ni... kat blog saya