Qasey Honey. Powered by Blogger.

FRUIT CLUSTERS / MUNCHI BUAH-BUAHAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua….

Tak sempat nak bermarathon update blog malam tadi…hehehe…banyak benda pulak yang harus dibuat dan dibereskan…mata pon tak berapa nak gagah duduk di depan pc lelama malam tadi…nak mula menaip aje…mula mata ni mengantuk2 manja gitu…hehehe…sudahnya sampai ke sudah tak siap jugak entrinya…

Mungkin semalam penat sangat kot…sebab tengah hari semalam QH masih menjalankan misi untuk  last minute shopping…hihihi…tujuan asal nak cari tudung…tapi lain pula yang dapat…sorang2 aje QH menjayakan misi tersebut…senangkan mane hala tuju ikut kaki ni aje mane nak pergi…di kawasan Jalan TAR semalam dah mulai sesak dan semakin meriah…tapi QH tak pergi bazar2 yang ade tu…pergi ke deret2 kedai yang ade di situ…mane2 kedai yang menjadi tumpuan saban tahun...agak susah jugak nak menembusinya sebab ramai orang di dalamnye…pelayan2 pon QH tengok dah tak menang tangan dah melayan customer2 yang ade dengan bermacam ragam tu…


Kalau dah ade kat Jalan TAR tu ikutkan hati macam2 yang kita kaut bawak balikkan…semuanya kita nampak menarik aje…pergi la beratus kali pon…mesti ade la yang tersangkut kat situ…semalam tak nampak barang2 tu tetiba hari ni ade pulak…tu la alasan yang biasa QH gunakan kalau hubby bising2 atau merungut…hehehe…rasa2nya alasan setiap orang pompuan kot…

Kalau berada di JB pulak…QH suka jugak pergi ke Plaza Angsana…memang sangat popular tempat shopping tu…time nak raya gini kalau tak singgah ke sana macam tak sah aje…hehehe…macam2 jenis kuih raya ade kat situ…cantik2 dan comei2 biskut rayanya…memang sangat geram bile tengok…berbeza sedikit biskut raya yang ade di KL ni…kat JB lagi nampak pelbagai rupa biskut rayanya…kalau tak percaya boleh la tengok kat sana…dah la pulak tu nama setiap biskut raya tu berbagai2…sampai yang QH rasa takde kena mengena pon…pasal nak melariskan jualan biskut raya masing2…hihihi…untuk tahun entah sempat ke tidak untuk sampai ke Plaza Angsana tu…kat situ jugak kelengkapan hari raya pon boleh tahan jugak tau…macam2 ade…cuma harganya tu agak lebih sedikit la berbanding dengan KL ni…


Baik la untuk resepi hari ni QH nak kongsikan pula Munchi Buah-Buahan…resepi ni QH ambil dari kotak Nestle Cornflakes tu…kalau setiap musim raya kat belakang kotak cornflakes tu ade pelbagai jenis biskut rayakan…jadi masa membelek2 kotak cornflakes tu…berkenan dan tertarik sangat tengok biskut tu…nampak sedap…kebetulan bahan2 yang lain memang dah tersedia ade kat rumah tu…jadi tinggal beli cornflakesnya saje…raya kalau takde biskut cornflakes kat rumah rasanya macam tak lengkap aje kan…mesti nak kena selitkan biskut cornflakes kat situ…baru la nampak sempurna…hihihi…

Jika ade yang berkenan dengan biskut ni boleh la mencubanya yer…biskut nip on tak susah atau rumit pon nak buatnya…cuma rasanya tu agak manis sedikit sebab QH menggunakan mix fruit…selain tu QH tambahkan hirisan badam sedikit…yang tu takde sukatan…ikut suka nak letak banyak mane…hihihi…biase la QH ni kala tak menderhakakan resepi orang memang tak sah…hahaha…ade aje yang nak ditokok tambahkan…untuk biskut ni QH masukkan dalam cup…kalau ikutkan resepi asal tak perlu pon buat macam tu…jom la kita tengok ape bahan2nya yang diperlukan tu…selamat mencuba…terima kasih Nestle Cornflakes ke atas resepi tu yer…



FRUIT CLUSTERS / MUNCHI BUAH-BUAHAN
By: Nestle Cornflakes

Bahan A
100 gm mentega
4 tbsp golden syrup
50 gm gula kaster
1 biji telur
1/2 tsp esen vanilla

Bahan B
120 gm tepung gandum
3/4 Nestle Cornflakes yang dikisar halus
25 gm kismis
25 gm kurma, dicincang – QH guna mix fruit

2 cawan Nestle Cornflakes yang dikisar kasar
4 buah ceri merah, dipotong kecil – guna mix fruit
Hirisan badam – ni QH tambah ikut suka

Caranya
1.       Gaul bahan A sehingga sebati menggunakan mesin pengadun.
2.      Kemudian gaul dan uli campuran B sehingga sebati.
3.      Campurkan Nestle Cornflakes yang dikisar ke dalam adunan.
4.     Sapukan 1 camca teh mentega di atas dulang, letakkan adunan dan hiaskan dengan buah ceri.
5.     Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180C selama 15 hingga 20 minit.


8 comments

Nuridah said...

Assalamualaikum QH

wah syok juga ya fruit cluster tu...dh byk cookies yg telah dibuat...hahaha..akak jugak yg tertinggal..hehehe.

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Qh
akak teringin jg nk ke TAR tu tp fikir 2, 3 kali jg he he minggu sudah ke Sogo pun mak aiii sesak betul kalu xsb anak akak yg beriya-iya nk beli bj Bum kat sana tu tak jejak kot hu hu

cantik2 biskut raya nya, mesti sedap2 ni kan, rajinlah Qh ni. Raya stahun sekali masalah ni wat biskut beraneka kan

Kakcik Seroja said...

Selamat hari raya QH. :)

Amie said...

Rasa macam nak beraya di rumah QH... tengok kuih-muihnya semua sedap-sedap belaka!

Unknown said...

Selamat Hari Raya QH....
asz pun terjebak sama ke Jln TAR hari Jumaat yang lps...mmg hapenning...tp org...skit pun sesak...
BTW...cantik kukis nie...n mudah pembuatannya..kalu berkesempatan ingt nak buat jgk..

Unknown said...

salam QH
mesti sedap dan manis sekali ni kan teruja lah akak tengok cumil sekali kalau sempat nak buat jugak lah ni heee

mama aleen said...

cantik header itu

Mas Sani said...

mas dh lama xgie jln tar, rindu plak nk berasak rasak hihihi...

Byk tul biskut qh buat, jd syok plak kita nengokkn..biskut nie msti sedap! Nakkkk sebalang boleh?