Qasey Honey. Powered by Blogger.

SATAY AYAM / SATE AYAM SEDAP...LEBIH JIMAT BUAT SENDIRI



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Bertemu lagi...
Satay...satu makanan kegemaran rakyat Malaysia...pasti dicari dan biasa kedai yang menjual satay rata2nya akan penuh dengan pelanggan...siapa yang tidak suka akan kelazatan dan kesedapan satay ni bukan...aroma dan baunya yang semerbak tu saja sudah boleh membangkitkan selera untuk dinikmati...haiii kecur pula jadinya bila bercerita bab makan2 ni...hehehe...terus terasa lapar dibuatnya...aduyaiii...


jika di Muar, satay ni pagi2 lagi dah ada yang mengipasnya...kebiasaan orang2 Muar ni akan bersarapan dengan satay...kalau di negeri atau daerah lain...dah malam baru nampak orang mengipas dan menjual satay...kita pula biasanya malamlah baru rasa teringin dan nak mencari satay ni...bila malam nak makan yang ringkas2 macam ni aje...sebab siang dah pulun macam2 makanan berat...hehehe...




Lagi satu satay ni sesuai jika dihidangkan untuk apa sahaja majlis...terutama sekali jika buat open house hari raya...macam hidangan wajib pula...kalau takde macam takde seri pula meja hidangan tu...hehehe...inilah makanan yang akan orang tuju dulu...sekali ambil pasti segenggam...hihihi...lagi panas lagi la terangkat...wallaaa...



Ini pengalaman pertama QH bikin satay sendiri...biasa kalau nak makan beli ajakan senang...tapi kali ni memang teringin sangat nak buat sendiri...ni disebabkan penangan dari Mas@Duniaku la ni...memang sangat tertarik bila melihat mas tayang resepi satay ni di FB beliau...tengok bahan2nya pon tak susah untuk dicari...tersedia ada dalam rumah...ok set terus minggu tu QH buat...maknanya dah lama la resepi ni QH cuba tau...hehehe...baru sempat nak tayang di sini...

Satay ni kalau bahan perapannya tu cukup syarat...sedaplah ia...makan begitu saja pon boleh...tapi macam tak lengkap la pulakan jika sambal kacangnya takde...satay ni QH lebihkan sedikit madunya...tu yang kalernya gelap sikit...QH suka satay yang ada manis2 ni sikit...heaven giler rasanya...

Terima kasih yer Mas dan Kak Fida atas sumbangan dan perkongsian resepi yang sedap ini...cukup rasa dan sangat kena dengan selera QH...pada yang masih belum mencubanya lagi...jangan tunggu lama2...pasti berbaloilah...resepinya ada di bawah tu yer...selamat mencuba semua...



SATE AYAM
Resepi : MasDuniaku

Bahan:
1 ekor ayam - diambil bahagian isi dan tulang - dipotong2 kecil2 (QH guna fillet ayam)
15 biji bawang merah
1 labu bawang putih
2 cm halia
10 - 15 tangkai cili kering - ikut kepedasan sendiri
10 batang serai
2 cm kunyit hidup
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan teh gula pasir - resepi ni memang menggunakan banyak gula
5 sudu besar madu (yang ni QH lebihkan 2 sudu)
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

Cara:
Kisar semua bahan kecuali ayam dan madu. 
Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang berisi ayam dan sebatikan.
Tuang madu dan sebatikan lagi. 
Perapkan selama 24 jam.
Boleh dicucuk2 pada lidi dan dibakar hingga masak.


Kuah Kacang @ Kuah Satay
Sumber : MasDuniaku

Bahan:
300 gm kacang tanah - sangar dan kisar 
100 gm gula pasir
150 gm gula merah
40 gm asam jawa
1 sudu kecil garam 
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 cawan minyak masak  - untuk menumis

Bahan kisar:
2 biji buah keras
1 sudu besar ketumbar biji - sangar
1 sudu kecil jintan kasar - sangar
1 sudu kecil jintan halus - sangar
2 hiris lengkuas
2 hiris halia muda
20 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
7 batang serai - hiris
20 gm udang kering


Cara membuatnya:
1 - Satukan gula merah dan asam jawa, diramas dengan secukup air untuk mendapatkan 500 gm air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata.
2 - Panaskan minyak  dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan gula, garam dan kunyit serbuk dan gaul rata.
3 - Masukkan bancuhan air asam dan kacang ke dalam bahan tumis. Seimbangkan rasanya dan masak hingga  keluar @ pecah minyak dengan api sederhana. Sentiasa kacau yerk...
4 - Selamat mencuba....

Update: 

Jika kuah kacang kelihatan agak pekat, boleh tambah sedikit2 air panas bergantung nak cair macam mana kuah kacang tu...kacau sebati atas api sederhana dan boleh dihidangkan..



4 comments

Sweet red cherry said...

wah, pagi2 lagi QH dah tayang satay..alamak, mengancam pula satay tu..rasa nak ambik ja beberapa cucuk..heheh..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Terliur akak tengok satay QH ni.. nampak sedap sgt.. entah bila akak mencuba buat satay sendiri.. selalu beli jer ;)

Amie said...

Nampak gurih betul satenya tu!

Najib Ariyan Ali Basha said...

sama ada resepi ni memang power atau gambar tu memang super cantik tapi yg bukan peminat satay pun rasa nak makan jugak time time ni