Qasey Honey. Powered by Blogger.

CHICKEN CHOP NESTUM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Haaaa tudiaa...
Hari ni selera omputeh lak...ala2 western gituu...hehehe
Jemu sekejap nak makan nasi...hihihi...iye la tu
Sesekali tukarlah selerakan...lagipon chicken chop ni makanan peberet QH...kalau tak buat sendiri...kalau rasa teringin pergi la mana2 kedai...

Sebenarnya resepi ni QH nak masukkan dalam kontes nestum baru2 ni...tapi memanjang tak sempat je nak hantar ke nestum...lupa pon ye juga...tu la dia macam2 yang terjadi...takde rezeki QH kali ni nak join kontes tu...takpe la nak buat macam mana...QH cuba tahun depan pula kalau ada lagi...hihihi...


Chicken chop ni QH buat ikut resepi belasahan sendiri jer...tapi Alhamdulillah sedap tau...hehehe...patut cuba kena cuba mesti cuba...garing di luar lembut di dalam...nak goreng tu isi dalam tu nak kena jaga2...terlebih goreng nanti isi di dalam akan kering...seeloknya biarkan isi dalam tu lembab2 atau juicy la omputeh kata...baru sedap, isi dalam pon lembut walaupon dah sejuk...

Sos blackpepper ni pula memang berulang kali QH buat...sangat sedap dan QH pernah kongsikan di blog sebelum ni...sangat2 berterima kasih kepada empunya resepi ni...

Coleslaw pula pon ikut resepi belasahan QH jugak...QH tak letak susu tapi lebihkan mayonis...tu yang nampak berair...QH suka yang macam tu...yang ni terpulang pada selera masing2...

Ok la...resepi2nya QH sediakan seperti di bawah tu yea...SELAMAT MENCUBA!!!


CHICKEN CHOP NESTUM

Bahan2
2 peha ayam - buang tulang
6 inci halia - kisar halus
1/4 sudu kecil serbuk lada putih
Garam secukupnya

Salutan
1 - 2 biji telur - kacau
Tepung jagung secukupnya
Nestum secukupnya

Caranya
1. Bersihkan ayam dan cucuk2kan permukaan ayam tadi dengan garpu.
2. Gaulkan ayam bersama bahan kisar, serbuk lada sulah dan garam. Perapkan selama 1 jam di dalam peti ais.
3. Setelah cukup masa, ambil ayam dan celupkan ke dalam telur.
4. Kemudian salut dengan tepung jagung sehingga rata.
5. Celupkan ayam tadi lagi sekali ke dalam telur hingga rata.
6. Akhir sekali salutkan sehingga rata dengan nestum. Buat satu persatu. Ketepikan sebentar.

7. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana besar agar ayam masak sekata dan luarannya tidak hangus.


SOS LADA HITAM

Bahan2
2 sudu besar mentega 
1 1/2 sudu besar tepung gandum 
sebiji bawang besar (potong dadu) 
sebiji tomato (potong dadu) 
seketul kiub ayam knors – apa2 brand pon boleh 
2 cawan air 
sedikit kicap pekat – 1/2 sudu besar
sos cili – 2 sudu besar
sos tomato – 1 sudu besar
garam dan gula secukup rasa 
1 sudu lada hitam (tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera – 2 sudu besar (kisar)
tepung jagung (standby) – tak letak

Caranya
1.           Cairkan butter dengan api kecil.
2.       Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3.        Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4.        Masukkan kiub ayam dan kacau.
5.        Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili (amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6.        Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup, nanti tak cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7.         Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8.         Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9.        Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10.   Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.

11.      Boleh dihidangkan semasa panas. Ermmm sedap.. 


COLESLAW

Bahan2
1/4 bahagian sayur kobis - hiris kasar/halus
4 - 5 helai kelopak kobis purple – hiris kasar
1 batang lobak merah – didadu kecil
6 – 7 sudu besar mayonis
2 sudu besar jus lemon
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam

Caranya
1. Hiris atau cincang kobis putih dan purple. Lobak pula dipotong dadu kecil2. Bersihkan dan toskan.
2. Di dalam mangkuk, masukkan kobis dan lobak yang telah dihiris tadi.
3. Masukkan mayonis, jus lemon, gula dan sedikit lada hitam. Gaulkan sehingga rata.
4. Tambahkan garam secukup rasa. Perasakan. Jika ok masukkan coleslaw ke dalam bekas bertutup.

5. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.


* hidangkan chicken chop bersama kentang goreng atau hashbrown dan juga brokoli.


No comments