Qasey Honey. Powered by Blogger.

CHINESE GREEN ONION PANCAKE / LEMPENG DAUN BAWANG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Haaaa menebar pulak ker hari ni QH…hehehe

Sekali pandang macam roti canai kan…sebab nampak berpusar kat kepingan pancake ni…pertama kali QH terpandangkan resepi ni hati terus tertarik…sangkaan QH ianya roti canai…hehehe…sebabnya memang telah memasang angan2 untuk mencuba buat roti canai sendiri…nanti la ada kesempatan QH akan mencubanya…tunggu je la yea…hihihi


Ok berbalik kepada resepi ni…pancake cina ni memang sedap…makan pula dengan lauk kari semalam…perghhh boleh habis 3 keping tau sekali hadap…hehehe…nak buatnya mudah jer…bahan2 pon tak perlu risau kerana menggunakan bahan2 asas yang telah ada di rumah…

Oh yea…resepi ni QH ambil dari rakan IG iaitu @through_helenaeyes…terima kasih sudi kongsi resepi ni…izinkan QH kongsikan di sini pula yea…

Bagaimana dengan rasanya...QH nak terangkan pon susah...nak kata lempeng bukan lempeng...nak kata pancake macam biase kita tengok tu sudah tentu la tidak...haaa yang tu kena la cuba...
Bagaimana pula cara nak buat pancake ni QH ada tunjukkan seperti gambar di bawah…ikut resepi tu satu persatu pasti menjadi…SELAMAT MENCUBA


CHINESE GREEN ONION PANCAKES/SHOU ZHUA BING

BAHAN2
4 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
1/2 cawan air
1/2 sdt garam

Tuang air panas ke dalam tepung, kacau cepat dengan senduk kayu
Masukkan garam dan air. Kacau sebati
Uli dengan tangan sehingga menjadi doh yang lembut

Balut dengan plastic wrap. Rehatkan selama 20 minit


BAHAN SAPU
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sdt garam
5 sdm minyak jagung
1 cawan hirisan daun bawang


Dalam mangkuk kecil gaulkan tepung gandum, garam dan minyak jagung sehingga sebati


Bahagikan doh kepada 8 bahagian
Canai doh dengan roller, letak sedikit bahan sapu dan taburkan daun bawang
Gulung memanjang, tekan2 dengan jari dan ambil 1 sdt bahan sapu. Ratakan
Gulung lagi sehingga berbentuk spiral shell
Ulang proses sehingga habis
Canai tipis kesemua bahagian dengan roller
Panaskan kuali non stick dengan api kecil sederhana, tambahkan sedikit minyak pada kedua-dua bahagian pancake. Masak sehingga keperangan dan garing
Gunakan kedua belah tangan dan tepuk pancake hingga sedikit renyuk
Sajikan panas-panas dengan cili kicap/sambal/kuah kari


* jika guna garam Himalaya letak 1 sdt garam


No comments