Qasey Honey. Powered by Blogger.

PRESS CONFERENCE KONSERT EMOJI



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Baru la berkesempatan nak mengeupdate aktiviti QH pada hari Rabu yang lepas
hmm dia tak diam sudah seminggu event tu…heeee

pada 1/11/2017 QH telah mendapat 1 emel dari cik adik Nurul Emileen wakil dari UiTM Puncak Alam menjemput team QH untuk menghadiri Press Conference yang diadakan di UiTM Shah Alam…terima kasih dik kerana sudi menjemput team QH sebagai team blogger pada majlis tesebut…


bertempat di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort, UiTM Shah Alam telah diadakan satu sidang media Konsert Emoji anjuran Falkulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) sidang media ni telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar iaitu Dato’ Dr Abdullah Mohamad Said…konsert tersebut akan diadakan pada 16 & 17 Disember 2017 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam


barisan artis yang terlibat nanti semuanya yang hebat2 belaka tau…artis2 yang akan mengegarkan konsert pada hari tersebut adalah Anuar Zain, Akim and The Majistret, KRU, Faizal Tahir dan Ucop Mentor…alamak semuanya lelaki kan…ni la kelainan yang ingin pihak FiTA tampilkan…mungkin pada tahun hadapan barisan artis wanita pula agaknya…heeeee… 


Menurut Dekan FiTA, Dato’ Profesor. Dr. A. Razak Mohaideen acara tahun ini akan diraikan secara besar-besaran dengan menghimpunkan ALUMNI fakulti sejak tahun 1998 bagi meraikan 20 tahun penubuhannya…keriangan yang bakal dikongsi bersama peminat-peminat nanti adalah peluang yang dinanti-nantikan oleh barisan artis… jadi marilah kita bersama2 menyokong konsert ini disamping menyumbang kepada tabung pendidikan UITM 


Selain itu juga, Ketua Pengarah Minggu KaryaONE 2017 yang juga pengarah teater terkenal, Puan Norzizi Zulkifli berkata, Minggu KaryaONE Bersama Alumni 2017 ini menyediakan pelbagai acara berbentuk ilmiah dan artrepreneur…antara program2 yang bakal berlangsung adalah anugerah FiTA KaryaOne Awards, Malam Promosi Filem Badang, Wacana Seni, Animation Kingdom, Pameran Fotografi Nostalgia FiTA, Tayangan Filem Pendek, Mini Carnival dan banyak lagi


Untuk maklumat lanjut mengenai Minggu KaryaONE bersama Alumni 2017 sila -

Layari laman sesawang rasmi KaryaOne : http://karyaone.com/

Layari laman sesawang rasmi FiTA : http://fita.uitm.edu.my/v4/index.php/en/

Like kami di Facebook - https://web.facebook.com/karyaonefita/

Follow kami di Twitter  


Follow kami di Instagram - https://www.instagram.com/karyaonefita/



Tiket2 adalah dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM50, 100, 200, 300, 400 - VIP seat, 500 - VVIP seat boleh didapati dengan menghubungi 014-6137001, 011-6221 2193 dan 010-831 8328



No comments