Qasey Honey. Powered by Blogger.

KENGSOM SIAKAP YANG SEDAP SANGAT



Salam my kesayangan...

Salam Maulidur Rasul 1440H/2018M buat semua umat Islam di seluruh dunia...

Di hari cuti begini dah terpikir ke nak masak apa sekejap lagi atau lebih memilih makan di luar sahaja sesambil menghabiskan masa bersama keluarga tercinta...
Sesekali makan di luar pon seronok jugakan...QH sesekali suka juga buat begitu...rasa airtangan sendiri jerk kan...sesekali nak juga la merasa orang masakkan buat kita...heeee...yang penting tempat makan yang kita tuju tu memenuhi keperluan selera kita yang pelbagai ni...



Baik la kepada yang tidak ke mana2 di hari cuti sebegini...boleh la mencuba resepi yang QH kongsikan ni...pada adik kakak yang nak berdiet tu sesuai juga...sebab jenis masakan ni hanya merenih sahaja...takde guna minyak dan menumis pon tau...

Sebenarnya tetiba resepi ni menjadi pilihan ramai apabila di feed IG penuh dengan resepi Kengsom dari negara jiran kita iaitu Thailand...apabila dah asyik berlalu lalang jerk...ehhh nak juga la menerainya...apa yang sedap sangat kengsom ni...resepi ni sebenarnya dah lama...kalau cari di google pon dah ramai yang mencubanya...cuma QH aje yang lambat bertemu jodoh dengan resepi ni...kalau tidak tentu dari dulu lagi sudah menjadi salah satu menu peberet QH...heeee...haaa nampak terus masuk dalam list tau...



Pada yang ingin mencuba...resepi seperti di bawah tu yea...maaf sumber resepi ni QH lupa ambil dari mana...sebab dah lama sangat QH masak ni...cuma lambat update ke sini...QH mohon dihalalkan yea resepi ni untuk QH kongsikan...terima kasih



BAHAN2
1 ekor ikan siakap – bersihkan dan kerat 4
1 liter air
1 sudu besar asam jawa xtra
1 biji limau nipis – ambil jusnya
3 helai daun limau purut 
1/2 biji nenas
Sayur kangkung secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR
3 biji cili merah
15 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci belacan



jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih



CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar di atas. Kemudian masukkan juga hirisan nenas.
2. Masak bahan tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan biarkan sebentar. 
4. Masukkan asam jawa xtra dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
5. Perahkan limau nipis dan dan masukkan daun limau purut.
6. Akhir sekali masukkan sayur kangkung.
7. Perasakan rasanya jika sudah sempurna, matikan api. Siap untuk dihidang.





No comments