Qasey Honey. Powered by Blogger.

RESEPI VIRAL - OVERNIGHT BOMBOLONI NUTELLA / ITALIAN DOUGHNUT


Salam my kesayangan...

hari ni masih dengan resepi viral lagi...macam biasa selalu ketinggalan...orang lain dah puas makan dan puas buat sendiri malah ada yang dah mengaut keuntungan jualan...barulah QH terhegeh2 nak mencuba...selalu sangat macam tu tau...tapi orang kata yang terbaik biasanya memang lambat sampai...heeee

cubaan resepi viral kali ni dan masih lagi meletop belum bernoktah...tiba giliran bomboloni atau bombolini singgah di sini...erti kata yang lain donut yang ada isi di dalamnya...sebenar donut ni dah lama ada di pasaran seperti big apple, dunkin donut, j.co donut dan juga di bakery...tetapi di pandang biasa2 je....sebab selalu sangat di lihat dan di beli...sekali bila keluar sahaja gambar dan resepi lengkap bomboloni ni di IG oleh Kak Lina Thomas terus ianya menjadi viral...siapa tak geram tengok begitu gebu dan montok2 pulak tu donut ni...membuatkan ramai begitu teruja untuk mencuba...kemungkinan sebelum ni tak tahu resepinya apa...senang cakap tak terpikir nak buat donut jenis ni...kebiasaan kita ni lagi2 di Malaysia sinonim sangat dengan donut gula lubang di tengah tu la...tidak pon donut sambal...itu la donut pilihan mengikut selera rakyat Malaysia yang lebih gemarkan yang pedas2...heeee


QH sekarang pon agak kurang sikit yang manis2 ni...faktor usia mungkin...heeee...tetapi selera ni meminta2 juga untuk bermanisan sekali sekala...jadi sampai la seru untuk QH mencuba bombolini nutella...disebabkan QH ni ada separuh rajin dan separuh malas...filling tu QH guna nuttella je la senang...pada yang rajin boleh la cuba buat filling tu sendiri...jangan jadi macam QH tau...heeee

disebabkan donut ni perlu diperam semalaman maka dari petang QH dah mula menguli donut ni...kerana besok paginya nak mula menggoreng pula dan setiap prosesnya mengambil masa sedikit...jadi kena mula awal untuk resepi donut ni...

di sini  QH sertakan juga resepi lengkap cara nak menyediakan donut ni dan seperti biasa QH juga turut menyediakan video langkah demi langkah cara membuatnya sehingga selesai...ianya akan lebih mudah untuk di fahami cara penyediaanya...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=2MMCZ7ck14M yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tu tau...terima kasih...


OVERNIGHT BOMBOLONI NUTELLA / DONUT ITALIAN
youtube Qasey Honey
sumber kak Lina Thomas

Bahan-bahan untuk 16 biji:
1/4 cawan gula
3/4 cawan air suam/susu segar suam
1 sudu kecil yis
3 biji telur grade A
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil parutan lemon
1 sudu kecil garam
100 gm pure butter suhu bilik potong-potong kiub


Caranya:
Masukkan gula dan yis ke dalam air suam/susu segar suam dalam mangkuk besar. Ketepikan selama kira-kira 10 minit atau sehingga yis mula gelembung. Dalam mixer, pukul telur, masukkan butter, tepung, lemon zest dan campuran yis dalam mixer. Putar kira-kira 5 minit, kemudian masukkan garam putar lagi sampai elastik licin glossy (check windowpane) kalau dah ada tu okay dah.

Pegham Doh:
Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik selama kira-kira 2 jam, atau sehingga dua kali ganda saiz. Punch 🤛🏽 adunan, kemudian tutup semula mangkuk. Letakkan di dalam peti sejuk untuk rehat kan selama 12 - 16 jam (overnight)

Bentukkan doh:
Keesokan harinya, ambil doh keluar dari peti sejuk rehat kan sebentar dan gelekkan doh terap guna gelas atau bahagi dan bulat kan dan rounding dalam 70g dan letakkan di atas dulang pembakar yang dilapik dengan kertas parchment dan tabur tepung sedikit, susun adunan dan jarakkan antara donat dan pegham sekali lagi kira-kira 2 jam, atau sehingga kira-kira dua kali ganda saiz. Goreng selama 2-3 minit pada setiap belah atau goreng sehingga bertukar warna keemasan.

Isi krim kesukaan ke dalam piping bag. Guna chopstick buat lubang di bahagian tepi donat, golekkan donat ke dalam gula dan paip krim kesukaan ke dalam setiap donat. Boleh di makan terus atau simpan dalam bekas kedap udara. Enjoy! 😍👍🏼


overnight bomboloni/bombolini nutella
https://www.youtube.com/watch?v=2MMCZ7ck14M
jangan lupa subscribe youtube channel Qasey Honey...terima kasih


1 comment

Ibu Lala said...

X pernah buat bomboloni lg sbb anak anak x suka. Kalau buat maknya sorang je yg makan. Gambar tu cantik setting. Kreatif