Qasey Honey. Powered by Blogger.

RESEPI TERBAIK KUIH LAPIS PELANGI YANG SEDAP DAN MUDAH SERTA 'FLAWLESS' - SUKATAN CAWAN DAN TIPS MENGHASILKANNYA


Salam my kesayangan...

sesekali merajinkan diri untuk melapis...lama juga tak tunjuk rajin nak melapis ni...biasa je membeli kuih lapis ni tapi yang warna merah putih tu la...untuk dapatkan warna yang sebegini agak sukar kecuali kalau ke majlis kahwin...QH mendapat ilham ni ketika di majlis kahwin sepupu di Johor baru2 ni...banyak juga la yang QH makan sebab tertarik dengan warnanya tu...nampak memang laku keras kuih lapis ni semasa di majlis tersebut...cantik dipandang dan sedap siapa sahaja tak suka dan tertarik bukan...

sampai ke KL terus la google resepi kuih lapis ni...sebelum ni QH pernah kongsikan resepi kuih lapis di sini cuma yang tu QH buat dalam bekas kecil2 dan mungkin resepinya sedikit berbeza...nanti cari la ehhh...dah banyak2 resepi malas pula nak selongkar kat blog sendiri...heeee...kali ni QH cuba buat setalam dan potong kecil2...berdebar juga la buat kuih ni apabila lama tak buat...entah bagaimana la rupanya nanti...yang paling takut jika kuih ni lembik...


berkat bersabar membuat kuih ni...hasilnya Alhamdulillah...sangat berpuashati dan elok sungguh la kejadian kuih ni...comel elok je dalam loyang tu QH tengok...yang paling QH suka apabila melihat flawlessnya permukaan kuih ni...nak potong pon senang setelah sejuk...bila dah comel ni rasa sayang pula nak makan...tapi bila dan makan payah juga berhenti...potong kecil2 sekali ngappp boleh muat masuk mulut...heeee...

resepi ni QH ambil dari blog Sinar Kehidupan...terima kasih kak atas perkongsian resepi ni...cuma QH ada la olah sedikit resepi ni...QH lebihkan sedikit tepung gandum dan santan...jadi kuih ni agak kenyal2 sedikit...QH juga menggunakan loyang saiz 7 inci dan hasilnya ketebalan kuih lapis ni sempurna...tidak terlalu tebal dan nipis...


untuk mendapatkan permukaan kuih yang flawless begitu pastikan balut penutup pengukus dengan kain bersih supaya air tidak menitik...jika terlalu basah, perahkan kain tersebut...

bagaimana untuk menghasilkan kuih lapis ni...boleh la menonton di youtube channel QH...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=d6HAdt_lQUw&t=192s yang tertera untuk teruskan menonton...di situ ada QH tunjukkan cara mudah menghasilkan kuih lapis ni...mesti enjoy punya la...heeee...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe channel youtube Qasey Honey tu tau kerana di sana terdapat banyak lagi video2 yang menarik...terima kasih


KUIH LAPIS PELANGI
youtube Qasey Honey
sumber Sinar Kehidupan

Bahan2 (size 7")
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
3 1/2 cawan santan (1 1/2 cawan santan +  2 cawan air)
1/4 sudu kecil garam
pewarna merah
pewarna oren
pewarna kuning
pewarna hijau
pewarna biru
pewarna purple


Caranya
Sediakan pengukus dan didihkan air di dalam pengukus dan sediakan loyang saiz 7 inci (sapukan dengan sedikit minyak masak dengan rata).
Satukan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
Bahagikan adunan kepada 7 bahagian (lebih kurang 160 ml setiap satu bahagian). boleh tonton di youtube
Warnakan setiap satu bahagian dengan warna pilihan iaitu merah, oren, kuning, hijau, biru, purple (warna purple terakhir letak lebih sedikit untuk lebih menyerlah)

Tuangkan lapisan pertama ke dalam loyang dan kukus selama 5-10 minit dengan api kuat.
Setelah lapisan pertama masak, tuang lapisan kedua dan seterusnya sehingga siap. (ulang proses lapisan pertama)
tuang lapisan terakhir dan kukus selama 15 minit.
Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.



kuih lapis pelangi sukatan cawan
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


sebelum mengakhiri entri kali ni...QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SnPSantan kerana sudi memberi sekotak besar pelbagai jenis santan dan menghadiahkan pelbagai souvenirs yang comel dan cantik tu kepada QH...


1 comment

norhidana said...

ya Allah, cantiknya kak color dia... nak makan pun sayang lahai, patutla kalau mak buat kuih lapis loyang nih dia akan ikat tuaala good morning atau kain kasa kat penutupnya tuh