Qasey Honey. Powered by Blogger.

ROTI CANAI HOMEMADE TANPA TELUR...RESEPI VIRAL!! JOM BELAJAR BUAT SENDIRI LAGI BERBALOI DAN JIMAT


Salam my kesayangan...

agak bercinta sikit untuk singgah ke sini...agak ketinggalan juga la blog QH ni berbanding dengan socmed yang lain...heee...takpe kita pelan2 kayuh untuk update ekkk

untuk kali ni, QH terikut juga la dengan beberapa resepi viral di musim PKP ni...salah satu daripadanya adalah roti canai...siapa sangka sepanjang PKP ni ramai di luar sana yang telah pandai membuat roti canai sendiri...habis la kedai mamak lepas PKP ni dah tak laku...heeee...ramai rakyat Malaysia yang dah boleh menebar sendiri ni...

tak kisah la bagaimana rupa roti canai yang telah dihasilkan...yang penting ianya hasil dari airtangan sendiri dan itulah kemampuan kita...bukan kita uli dan menebar roti canai ni hari2 kan...kalau bukan kerana PKP ni takde maknanya la nak menguli...

jika difikirkan semula...banyak hikmah yang baik disebalik musibah yang telah berlaku kepada dunia sekarang ni kan...banyak yang boleh kita pelajari dan perbaiki...  


ok sambung semula berkenaan roti canai tadi...

QH buat roti canai tak banyak...cukup la untuk 1/2 kilo tepung...dapat la dalam 12-13 keping camtu...separuh QH masak dan separuh lagi QH frozenkan...alhamdulillah hasil roti canai yang dihasilkan dengan menggunakan resepi di bawah, sangat sedap dan lembut...bagaikan tidak percaya dengan usaha sendiri...heee...uli guna tangan tu tau...

kalau di carian google...ada pelbagai juga resepi roti canai yang ada...mungkin lepas ni kalau buat lagi nak guna resepi yang lain pula...nak tengok hasilnya bagaimana pula...ada resepi yang dohnya menggunakan telur, air suam, air sejuk, ais dan macam2 lagi la...QH mulakan dengan resepi yang mudah dan ringkas ni dulu

terima kasih kepada penyumbang resepi roti canai ni...iaitu Kak Shima kenalan dari FB...lama dah QH simpan resepi ni dan lama juga hasrat nak buat roti canai sendiri tersimpan...hikmah di sebalik PKP ni...tertunai sudah impian tersebut...lepas ni dah boleh la di buat selalu untuk stok frozen...



roti canai ni QH makan bersama dengan kuah dalca ayam dan asam pedas ikan kerisi...entah la hari tu buat rajin masak bermacam jenis pulak heee...tinggal masak nasi selesai tugasan hari tersebut...

QH buat roti canai ni bukan la cara menebar ke udara macam kat kedai selalu buat tu...hanya penyek2 kan doh ni sampai nipis dan kemudian tarik2 kan...tak guna dulang pon boleh jadi...tarik la sehabis nipis doh tu...jangan banyak sangat lak koyak...tarikkan perlahan2 je...sampai la dia mengembang besar...kemudian buat la sanggul...senang je...tak pro pon boleh jadi guna teknik tersebut...

untuk mudah faham cara membuat roti canai ni...QH telah menyediakan video langkah demi langkah di youtube channel Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=6fILkKoUTLQ yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel QH tu tau...terima kasih dan selamat mencuba...


ROTI CANAI HOMEMADE TANPA TELUR
youtube Qasey Honey
sumber Kak Shima (FB)

bahan2
500 gm tepung gandum / all purpose flour
250 ml air / water
1/2 sudu besar gula / tbsp sugar
1/2 sudu kecil garam / tsp salt
1 1/2 sudu susu pekat manis / tbsp condensed milk
1 sudu besar marjerin / tbsp margerin
1 sudu besar minyak masak / tbsp cooking oil


caranya
satukan gula, garam, susu pekat manis, marjerin dan minyak masak. kacau sekejap (marjerin berketul pon takpe..nanti akan diuli dengan tepung)
masukkan tepung gandum dan uli dengan menggunakan tangan sehingga doh tidak melekat lagi di tangan
rehatkan doh (10 minit) dan tutup bekas dengan plastik wrap
selepas 10 minit, uli doh lagi selama lebih kurang 2 minit (ulang proses ni 4-5 kali) 
kemudian bulatkan doh kecil-kecil (bahagikan sama berat) lebih kurang 62-63 gm
rendamkan doh ke minyak masak sehingga tenggelam
rehatkan doh selama 2-3 jam atau nak lagi sedap, biarkan semalaman (letak di luar sahaja) QH biarkan semalaman


selepas 2-3 jam atau semalaman, boleh la menebar (pastikan tangan sentiasa berminyak untuk memudahkan proses)
ambil beberapa ketul doh dan leperkan sedikit, letak ketepi
ambil doh tadi dan leperkan dahulu bagi nipis, kemudian boleh la di tarik2 sehingga betul2 nipis (jika doh koyak sikit2 takpe)
apabila telah nipis bentukkan sanggulnya seperti di gambar atas (hasil yang cantik pasti ada gelembung2 udara) (sebelum sanggulkan boleh juga direnjis2kan sedikit minyak masak ke atas doh yang dicanai tadi)
jika pandai menebar roti canai dengan cara biasa dipersilakan
setelah semuanya siap di tebar, panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak masak (lebihan minyak masak tadi jangan di buang)
leperkan sanggul tadi kepada bentuk bulat, jangan tekan terlalu nipis (cukup cuma bulatkan sahaja)
angkat dan teruskan letak di atas kuali yang dipanaskan tadi dengan api kecil
renjiskan sedikit minyak masak ke atas roti canai tadi
sentiasa balik2 roti canai tadi supaya masak sekata, angkat dan siapkan semuanya
apabila semua telah siap di masak, tepukan roti canai tersebut
baru la hasilnya seperti di kedai. siap
hidangkan bersama dengan kuah dalca, kuah kari dan asam pedas.

jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ni...semoga dunia kita kembali pulih seperti sebelum ni...

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayathome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe

4 comments

SBP QOMAR said...

Ya Allah power ni roti canai ni

Saya singgah sini. Jemput singgah blog saya tolong saya share pendapat untuk post yang ni

https://theninjablogging.blogspot.com/2020/04/place-ads-yang-ada-terselit-iklan-judi.html

Cendana Kasih said...

sedapnyer... tp masih tak berani mencuba

pooc.org said...

wow, thanks

nanoe said...

thank, izin share