Qasey Honey. Powered by Blogger.

SANDWICH TUNA DAN TELUR resepi ringkas dan sedap

 

Salam my kesayangan...

bertemu lagi di Ramadan yang ke 17 hari ni...sekejap je masa berjalan dan berlalu kan...terasa seperti baru semalam kita semua mula berpuasa atau mungkin dengan keadaan sekarang ni kita terasa semuanya menjadi cepat...

sebelum tu...salam takziah diucapkan kepada wira2 53 kru kapal selam Indonesia KRI Nanggala 402 yang dilaporkan hilang dan tenggelam di perairan Bali...Al-Fatihah...


untuk perkongsian idea hari ni...sesuai juga untuk dijadikan sebagai menu bersahur dan berbuka tau...ada je bila bersahur tu tak boleh nak makan nasi kan...lebih memilih makan seperti roti, oat, nugget, susu dan kurma sahaja atau sebagainya...sebab QH pon begitu...cuma boleh kurangkan sedikit rasa pedasnya...maklum la pagi2 kadang perut tak boleh juga nak hadam makan pedas2kan...

untuk buat sandwich ni QH menggunakan roti putih...beli di Ninso je tapi kan roti ni sangat lembut dan agak tebal...lepas tu tak payah dah nak potong tepi tu...dalam 1 bungkus tu ada 8 keping tak silap...nanti korang boleh la pegi cari ehhh...kompom tak menyesal...heee...


macam biasa la...setiap resepi yang QH cuba sekarang mesti ada video langkah demi langkah...begitu juga dengan resepi ini QH telah sediakan videonya di channel youtube Qasey Honey...walau pon nak simple dan mudah je nak buatnya...ada juga yang rasa was2 bila membaca resepi sahaja kan...jadi boleh la tonton video yang telah disediakan tu...klik pada pautan link https://www.youtube.com/watch?v=fmGSViSrX08 yang tertera untuk teruskan menonton...seperti biasa juga jangan la lupa untuk subscribe, like dan share ye channel youtube QH tu...terima kasih...


SANDWICH CILI SABA
youtube Qasey Honey

BAHAN2

2 tin saba cili @ayambrand
3 biji telur rebus
1 biji bawang besar
2 biji buah tomato
1 sk serbuk lada hitam - optional
1/4 sk garam
1 biji jus limau purut
6 sudu besar mayonis

roti secukupnya
marjerin secukupnya
cheddar cheese
lettuce


caranya
tapiskan tuna (buang kuahnya) dan ketepikan
di mangkuk yang lain, lenyek telur rebus hingga hancur
masukkan tuna yang ditapis tadi, bawang besar, tomato, serbuk lada hitam, garam, jus limau nipis dn mayonis. gaul rata dan ketepikan
sapukan pula roti dengan merjerin atau butter
ambil sekeping roti, letakkan inti tuna tadi, lapiskan dengan cheddar, lettuce dan akhir sekali roti
potong tengah sandwich tadi dengan pisau pemotong roti
hidangkan terus. siap


sandwich tuna dan telur sedap
https://www.youtube.com/watch?v=fmGSViSrX08
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

 

1 comment

mama tisya said...

sedap tu..lama tk buat sandwich..tp ank suka egg mayo