STRAWBERRY MUFFIN
Assalamualaikum
Selamat pagi semua…Malam tadi saya telah mendapat kunjungan dr BFF saya iaitu Mama Aleen dan Kak Emy…sempena kedatangan mereka berdua ke rumah mlm td…saya telah mrajinkan diri utk membuat muffin...utk dibuat kunyah2 sambil berbual2...xkn setakat nk hidang air teh O jek kan...
Resepi muffin ni saya ambil dr blog Dapur Tanpa Sempadan iaitu Che Mat Gebu…mmg gebu dan sedap pon muffin yg saya buat tu…terima kasih pd CMG kerana sudi berkongsi resepi muffin yg mudah dan senang ni…saya juga nk mintak izin pd CMG utk copy n paste resepi ni ke blog saya pulak yekk…
Semasa membuat muffin ni...saya telah mengikut tips yg telah dikongsi oleh K.Nor pd saya hrtu...klau nk baca tips beliau tu sila la ke sini...
STRAWBERRY MUFFIN
Bahan-Bahannya :-)
180 g mentega
140 g gula halus
2 biji telur gred A
100 ml susu segar
220 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh strawberry emulco
180 g mentega
140 g gula halus
2 biji telur gred A
100 ml susu segar
220 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh strawberry emulco
Pink chocolate chip – saya tambah utk ditabur
Cara membuatnya :-)
Cara membuatnya :-)
1. Putar mentega bersama gula hingga putih. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
2. Masukkan strawberry emulco dan gaul hingga sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup atau paper cup yg dialas dalam acuan muffin sebanyak 3/4 penuh dan taburkan coklat chip.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 18 - 20 minit (bergantung pada oven masing2). Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidangkan...
Post a Comment