Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera semua…
Kembali untuk
bersiaran…
Sesibuk mane pon
blog harus didahulukan ^__^
Hari ni tak pasti
lagi ape kerja yang akan mendatang…walaupon masih ade lagi kerja2 yang masih tersangkut2
dan tak beres2 tu…kerana mendahulukan kerja2 yang perlu di ambil tindakan
segera…siap berkampung lagi dalam opis dari pagi hingga ke malam… hukhuk…makan
minum siap ditaja lagi oleh pegawai merangkap bos tu…punya la menjaga kebajikan
kami…mungkin takut kot kalau keluar nanti tak masuk2 opis semula…hihihi
Cuti hujung minggu baru
ni pon sekali lagi dapur QH masih belum berasap lagi…mempulun untuk berehat dulu…sebab
kerja masih belum selesai lagi..tu nanti QH akan ceritakan kemudian yer…
Dua tiga minggu ni mood QH
asyik nak berjalan2 saje…tu yang sampai tak berasap dapur…ade2 aje projek
mengejut kat luar tu…hehehe…tengah sale besar2ankan…mau tak jiwa kacau
dibuatnya…hihihi…mula la simptom tak boleh tido lena melanda kalau ternampak
ape yang berkenan tapi tak diberkenankan oleh encik somi…(>_<)…harap
penyakit ini cepat sembuh yer…*(^o^)*
Ok la jom ke resepi…nanti
entah2 ape lagi QH akan merapu…hihihi…resepi kali jemput-jemput udang…menu yang
sudah zaman berzaman ni masih kekal sampai ke hari ini…satu2nya menu yang
menjadi kegemaran rakyat Malaysia…buat la dengan cara ape sekali pon…ianya
tetap sedap dimakan…ianya juga kegemaran kami cuma nak buatnya aje tu yang
malas…hehehe
Nak pula dimusim
hujan begini…jemput2 ni la yang dicari2 sambil dihirup bersama dengan kopi atau
teh panas…wallaaa…boleh berketul2 jemput2 ni masuk ke mulut…ditambah sedap lagi
bile dihidang panas…susah nak berhenti makan…hehehe…
Penyediaannya pon
mudah dan senang saje…tak payah disukat2…dicampak2 aje pasti akan menjadi punya…cuma
sekarang ni jemput2 ni sudah dipelbagaikan…boleh diletakkan ape saje yang
dingini dan mengikut citarasa masing2…resepi jemput2 di bawah ni tak semestinya
perlu diikut bulat2…ianya sebagai panduan…jika suka boleh ditambah atau
dikurangkan mengikut keperluan…pada yang berminat untuk mencubanya petang nanti
sebagai kudapan boleh la mencuba yer…
JEMPUT-JEMPUT UDANG
Bahan2
2 cawan tepung gandum
15 ekor udang segar – boleh tambah jika suka udang banyak
1 biji bawang besar *
1/4 cawan ikan bilis * - dikisar bersama
2 biji cili merah – dihiris halus
2 tangkai daun sup dan bawang – dihiris halus
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh pati ayam
Air secukupnya
Cara2
1. Buang kulit udang dan bersihkan serta dipotong dadu.
2. Dalam mangkuk besar masukkan tepung, garam, pati ayam dan gaul rata.
Tambahkan sedikit demi sedikit air.
3. Kemudian masukkan bahan2 blend dan bahan yang telah dihiris tadi.
Kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan udang yang dipotong dadu. Tambah air jika perlu hingga mendapat bancuhan
yang tidak terlalu pekat atau cair. Gaul
sebati.
5. Kemudian masukkan ke dalam peti ais dalam 20-30 minit. Biarkan diperam
di dalam peti ais dulu.
6. Panaskan minyak untuk goreng terendam dan bolehla goreng cucur tadi. Sudukan
1 camca besar adunan tadi dan biar hingga masak.
7.
Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
8.
Hidangkan bersama sambal kicap atau sos pencicah kegemaran anda/sambal tumis.
Post a Comment