Qasey Honey. Powered by Blogger.

KEK CAWAN COKLAT RASPBERRY



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Alhamdulillah…setelah hampir 2 minggu menyepi dan tidak bersua…akhirnya kita dipertemukan pada hari ni…rindu pula rasanya…apa khabar yer semua?? Semoga semua dalam keadaan sihat dan ceria2 selalu serta persahabatan yang terjalin di alam maya ni akan kekal terjalin mesra dan berpanjangan juga…moga lepas ni juga dapur QH akan kembali riuh rendah seperti dulu ^__^


Bile dihitung sudah lama jugakan QH tidak mengepos resepi baru disinikan…maaf la yer semua…maklum la sejak kebelakangan ni masa agak terbatas untuk berbuat demikian…banyak perkara yang terjadi dan pelbagai kerja yang harus dibereskan…bile berada di rumah QH manfaatkan masa tersebut untuk berehat saje…sedia maklumkan bile badan dah penat ni mula la kesihatan juga sering terganggu…kejap ok dan tidak…


Baikla…setelah sekian lama menunggu…akhirnya muncul juga resepi kek di blog QH ni…kali ni QH mulakan episod kek ni dengan cupcake dulu…masa terhadkan jadi bile buat cupcake ni tidak memerlukan masa yang lama untuk mendeco…jika suka boleh la letakkan buttercream di atas cupcake tersebut…jika tidak boleh dimakan begitu saje…


Resepi ni QH perolehi dari majalah Sedap…QH tertarik untuk mencuba resepi ni sebab ditengah2 kek tu ade filing jem lagi…macam apam polka dot tu…tapi yang ni kek yer…resepi asal kek ni menggunakan jem nenas tapi QH tukarkan dengan jem raspberry...mengikut selera dan stok barang di rumah...bahan2 yang digunakan pon simple sahaje…mungkin bahan2 tersebut sudah tersedia ada di rumah kawan2 juga…rasanya kek ni memang sedap…penuh rasa coklat…pulak tu rasanya tidak la terlalu manis…jadi tak perlu untuk mengurangkan kandungan gula tersebut…


Untuk buttercream pula…QH mencuba resepi dari Chef Azli…buttercream ni pon tidak terlalu manis juga…pada QH tidak muak pula buttercream ni…jadi boleh la cuba yer nanti…kepada sumber resepi pada kali ni QH ucapkan terima kasih banyak2 kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ni…selamat mencuba semua…insyaAllah kita akan bertemu lagi di lain hari dan masa… 


KEK CAWAN COKLAT RASPBERRY
Sumber: Malajah Sedap
Resepi asal: Kek Cawan Coklat Nenas

Bahan2
75 ml susu cair
150 gm coklat masak hitam – dipotong-potong
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
100 gm gula pasir
75 gm mentega tawar
125 gm tepung gandum
25 gm serbuk koko
1/2 sudu makan serbuk penaik
110 gm jem raspberry atau secukupnya – untuk inti
Hiasan – coklat rice, hundred thousand, sprinkle, coklat cincang

Caranya
1. Panaskan susu cair. Matikan api. Masukkan potongan coklat masak hitam. Kacau sehingga coklat larut. Biarkan sejuk.
2. Pukul ringan telur, garam dan gula pasir menggunakan pemutar. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran susu cair sambil dikacau rata. Ketepikan.
3. Campurkan mentega tawar, tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik. Kacau sambil dikacau sehingga berbutir.
4. Masukkan campuran susu cair. Kacau rata.
5. Tuangkan setengah bahagian adunan dalam acuan muffin yang dialas dengan cawan kertas. Isikan jem raspberry. Lapiskan lagi adunan.
6. Bakar selama 25 minit dengan suhu ketuhar 180°C atau mengikut tahap kepanasan oven masing-masing sehingga masak. Sejukkan.
7. Hiaskan dengan krim mentega dan taburan hiasan yang sesuai.


BUTTERCREAM
By: Chef Azli Razali

Bahan2
60 gm gula
50 ml air
180 gm mentega
70 gm krimwell

Caranya
1. Masakan air dan gula sehingga likat seperti membuat air gula yang pekat untuk minuman. Tetapi lebih pekat sedikit.
2. Kemudian, biarkan sejuk sedikit dan keputihan dan bolehlah dipukul dengan mentega dan krimwell sehingga kembang dan putih.


21 comments

asyifamustaffa said...

Salam QH, lama ye dok peram blog nie....slmat muncul kembali....hehe....

Nak smpn dlu resepi...anak2 msti suka ni...tambah ada filing plak tu....nak try la nnti...:-)

Gee® said...

Salam rindu QH... penat yer... biasalah tu cabaran kehidupan... hehehe.... bak kek 2 ketoi...

atie @ ejay said...

comelnya..mmm pastinya sedap nih:)

Mori Said said...

hi qasey.... sedappnya cc tu... ada inti raspberry pulak tu... maveles..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum QH, sedapnya cupcake! suami sheila suka krim kat atas tu. katanya kalau nak beli kek, kena bubuh krim tu banyak. hahahahhaha QH sila jaga diri baik2, skrg cuaca tak menentu. sheila pun baru baik demam haritu. hehhee

Rohah said...

Salam QH..lama menyepi ye..
tiba2 muncul cupcake yg momel2 ni,tringin jugak rasanya nak makan..tunggu mood membaking ada baru boleh jadi kek comel2 cam ni..

faa.rosli said...

comelnya cuppies ni! look so tasty.

Love2cook Malaysia said...

Cantiknya cuppies tu dear QH!!! Im speechless lor ;)

Unknown said...

akak baru dok try nak cari resepi cupcake coklat ni boleh lah try nanti QH mesti sedap kan

cahayahidupku.blogspot.my said...

Canteeekkknya QH akak suka:D

dZana said...

aslmkum QH.. sedapnya.. cantik pic.. menambah2 lagi sedapnya..

Hasidah Bt Awang said...

assalamualaikum QH lama tak menyinggah...byknye resipi best2..apapun kita kumpul dulu resipinya..hehe

Anonymous said...

As Salam Qasey, Kek yang sangat cantik dan nampak menyelerakan..

asmahyusof said...

salam QH..lama menyepi...cantik n menarik CCnya...kn try nie :)

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam QH
buzy la adik sorang ni, rinduuuu lah dgn entry2 masakan QH yg sedap2 ni

Amie said...

Wah! Cutenya.... sayang nak makan ni QH!

ady said...

as-salam

These look fabulous!

Shiela said...

assalam QH cayang.. lama akak tak nampak.. bzee ker? comey comey sungguh kek cawan tu..

y i e n said...

cantiknyer cupcake ni.. comei sgt :)

Wattie said...

Tinggi naiknya tu QH, nampak cantik sangat, mesti lembut dan sedap.... sayangla pulak nak jamah...

Dmanje Spa Bangi said...

sedapnyer...terliur tengok...