Qasey Honey. Powered by Blogger.

AGAR AGAR BUAH NAGA & PEACH YANG SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN



Salam my kesayangan...

Berjumpa lagi di bulan yang baru pula...sekejap je dah masuk bulan Februari kan...nanti tak lama lagi tup tup nak puasa dah...pantas masa berjalan tanpa kita sedar...

Keadaan cuaca di KL sekarang ni macam nak hujan...dari pagi tadi mendung je tak nampak matahari lagi di luar tingkap...kalau tidak dah bercahaya2 dah di dalam rumah QH ni...

Memandangkan cuti panjang dah bermula pada hari ni...pasti ramai yang sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung atau ke mana2 destinasi pilihankan...dengan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang berhati2 la ketika memandu...jangan terfikir nak cepat sampai je...fikirkan juga nyawa keluarga yang tercinta sama tau...itu lebih penting...


Pada yang tidak ke mana2...boleh la cuba resepi yang QH kongsikan hari ni...sesekali melayan anak tekak dengan dessert sebegini sedap jugakan...

Tetiba tekak QH masa tu teringin pula nak makan agar2...lebih lagi apabila terpandangkan dragon fruit ketika belanja barang dapur...nampak macam sedap sangat la masa tu...ambil la 2 biji...sebiji lagi nilah dia hasilnya...QH buatkan agar2...kebetulan Majalah Rasa ada minta resepi manisan dari QH...itu yang terjadinya agar2 ni...

Senang dan mudah sahaja untuk buat agar2 ni...rasanya pon sedap tidak terlalu manis...sesuai la dimakan oleh sesiapa sahaja...lagi2 ada buat di atas agar2...alahai sedap je makan agar2 ni sambil mengigit kenyal2 nata de coco tu...

Resepi ada QH sediakan di bawah yea...nak video step by step juga ada QH sediakan juga...hanya perlu klik link ni sahaja https://www.youtube.com/watch?v=GkaEf2Gcf3o&t=15s sambil tu jangan lupa klik butang subscribe channel QH sekali tau...terima kasih


AGAR AGAR BUAH NAGA DAN PEACH
https://www.youtube.com/watch?v=GkaEf2Gcf3o&t=15s

BAHAN LAPISAN BAWAH
12 gm serbuk agar-agar
250 gm gula pasir
800 L air
1 biji buah naga merah – dikisar bersama sedikit air
 
CARA MEMBUATNYA
1. Satukan serbuk agar-agar, gula pasir dan air. Didihkan di atas dapur dan biarkan sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan buah naga yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
3. Sediakan bekas yang sesuai. Basahkan acuan tersebut dengan air. 
4. Kemudian terus tuangkan adunan tadi. Biarkan sebentar di luar dan barulah bekukan ke dalam peti sejuk.
5. Sementara itu buat lapisan kedua.



BAHAN LAPISAN ATAS
4 gm serbuk agar-agar
125 gm gula
450 L air
Buah peach
Nata de Cocoa
 
CARA MEMBUATNYA
1. Satukan serbuk agar-agar, gula pasir dan air. Didihkan di atas dapur dan biarkan sehingga mendidih.
2. Keluarkan bekas agar-agar lapisan pertama tadi peti sejuk dan griskan permukaannya dengan garfu.
3. Tuangkan adunan lapisan atas tadi ke dalam bekas. Susunkan buah peach dan nata de cocoa.
4. Sejukkan sebentar di luar kemudian barulah masukkan ke dalam peti sejuk sehingga mengeras.
5. Apabila agar-agar telah mengeras barulah dipotong dan hidangkan.




agar agar buah naga dan peach
https://www.youtube.com/watch?v=GkaEf2Gcf3o&t=15s
jangan lupa subscribe channel Qasey Honey

No comments