Qasey Honey. Powered by Blogger.

RESEPI LEPAT UBI KAYU PALING SENANG DAN SEDAP


Salam my kesayangan...

Kalau nak tahu sepanjang QH berblog...ni lah pertama kali QH buat lepat ubi ni...sekarang sikit2 QH nak belajar cara buat kuih2 lama atau tradisional ni...bukan nak tunjuk pandai tetapi sekadar ambil tahu bagaimana cara nak buat kuih2 ni...lepat ubi ni antara yang termasuk dalam list QH juga tau...tu lama menunggu giliran...heee

kebetulan sibuk2 dengan boko ubi kayu tu...QH beli la lebih sikit ubi kayu sebabnya sejak kuih boko tu menjadi viral jadi susah pula untuk mendapatkan stok...apabila dah alang2 beli lebih tu QH buat la sedikit lepat ubi kayu ni bagi memenuhi impian dan menggurangkan list yang tersenarai...


Apalagi mengoggle la mencari resepi...banyak juga resepi yang QH jumpa...baru pertama kali buat QH cari la resepi yang senang diikut dahulu...dalam banyak2 resepi yang ada QH berkenan dengan resepi di dalam blog Masam Manis...sebabnya resepi ni simple dan senang...nanti ada stok ubi lagi kita cuba resepi yang lain pula...sedap juga ye bila buat sendiri ni...rasa macam syok sendiri pon ada dah apabila hasilnya sangat memuaskan...cuma gula merah pula QH lupa nak letak jadi warnanya kurang cantik dan tidak gelap...gula merah ni ada aromanya yang tersendiri dan akan menjadikan kuih ni lagi bertambah sedap tau...

pada yang ingin mencuba resepi ni QH sediakan seperti di bawah...bukan itu sahaja...QH juga sediakan video untuk resepi ni step by step...sila klik pautan link ni https://www.youtube.com/watch?v=8_lgKTQUSLs&t=1s untuk terus menonton...jangan lupa untuk subscribe tau channel youtube QH tu...in shaa Allah akan banyak lagi video2 menarik yang akan dikongsikan di sana...terima kasih 


LEPAT UBI KAYU
sumber Masam Manis

bahan2
1 kg ubi kayu di parut atau di blender
135 ml santan pekat
250 gm air gula Melaka
1 sudu besar gula timbang (QH lupa nak letak)
secubit garam
1 helai daun pandan - disimpul


caranya
Ubi kayu, di bersikan dan di buang kulit. Potong sejengkal untuk mudah nak parut dan nak bersihkan kulitnya.
Kemudian cuci bersih
Parut ubi dengan sagat
Ubi yang telah di parut, kemudian masukkan dalam kain muslin atau apa-apa kain yang bersih dan perah. Jangan perah sampai kering, perah agak-agak aje nak buang air pahit ubi.
Baki air perahan tu kita biarkan mendak. Air jernih tu buang, baki dedaknya satukan semula dalam ubi parut tadi. Gaul rata dan ketepikan.
Dalam periuk yang kecil, satukan gula Melaka, gula merah daun pandan dan air (air ni agak-agak aje jangan banyak sangat pulak.. bila dah masak nanti tapis, kemudian timbang balik air tu dalam  250 gm)
Satukan semua bahan tadi dan gaul rata.
Sediakan daun pisang secukupnya. Daun pisang cuci bersih, lap kering dan layurkan dekat api atau boleh jemur kat panas.
Kemudian potong 7 X 5 inc
Kemudian bungkus lah atas daun pisang.
Letak 2 sudu besar, ratakan kemudian lipat kiri kanan.
Buat sampai habis, kemudian susun dalam kukusan
Kukusan pula dah di panaskan sampai didih airnya
Bila dah didih, kukuslah kuih ni antara 30 - 45 minit
Angkat setelah masak dan sejukkan



lepat ubi kayu
https://www.youtube.com/watch?v=8_lgKTQUSLs&t=1s
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

1 comment

norhidana said...

sedapnya lahai dpt mkn time panas2 nih kak... dana biasa beli je, nk msk mmg tak rajin la kak hehehe...