Qasey Honey. Powered by Blogger.

RESEPI PALING MUDAH BUBUR CHA CHA BERSAMA KELEDEK OREN DAN SAGU...GERENTI SEDAP


Salam my kesayangan...

lama rasanya tak masak bubur cha cha di rumah...hari tu jalan2 di Giant ternampak la bubur cha cha ni di rak...terpandang pula pada sagu yang mengedik kat rak yang sama...hmmm...pandang ke depan sedikit nampak elok pulak keledek oren terletak disitu...ehhh lengkap semua yang kita nak ada di situ...apalagi tanpa pikir panjang terus je la sambar semuanya tu...terus rasa tak sabar nak masak bubur cha cha ni di rumah...tekak pon bagaikan menari mengikut rentak yang sama...heeee...

masak pon sekadar cukuplah untuk melepaskan mengidamnya tu...dapat la seperiuk kecil yang boleh diulang makan 4-5 kali...apabila dah di tambah itu dan ini...agak banyak juga la hasilnya...rasa puas sangat dan nikmatnya la apabila manisan ni berjaya juga untuk ditunaikan...



untuk masak bubur cha cha ni mudah sahaja...tak perlu bersilat beriya2 sangat kat dapur tu...terdapat juga pelbagai cara untuk masak bubur ni...tetapi QH lebih suka ikut dengan cara belasahan sendiri...ikut kemahiran dan daya kreativiti masing2 la ekkk...yang ni cara yang QH gunakan untuk masak bubur cha cha ni...boleh lihat pada resepi yang QH sediakan seperti di bawah sana tu yer...

bubur ni QH masak kuahnya agak cair sedikit sebab lama kelamaan ianya akan menjadi pekat sendiri apabila telah sejuk nanti...sedap di makan ketika panas dan sejuk...ikut selera yea nak dimakan sejuk atau panas tau...QH suka kedua2 style tu...puas dan amat puas makan hasil dari airtangan sendiri...

untuk lebih mudah faham buat adik2di luar sana...boleh tonton video yang telah QH sediakan di channel youtube Qasey Honey tu...klikkan sahaja pautan link https://www.youtube.com/watch?v=TKBMY27tJCY yang tertera untuk teruskan menonton yea...sebelum tu jangan lupa untuk subsciber, like dan share tau...terima kasih...



BUBUR CHA CHA, KELEDEK OREN DAN SAGU
youtube Qasey Honey

langkah 1
1 1/2 cawan bubur chacha
1 helai daun pandan
air secukupnya

caranya
satukan semua bahan di atas di dalam periuk yang sesuai
kemudian rebus sampai bubur cha cha lembut
setelah lembut, matikan api dan tapis. lalukan di bawah air paip. tapis dan ketepikan. (untuk mempercepatkan proses merebus, tutup periuk dan biarkan hingga mendidih)

langkah 2
1/2 cawan biji sagu
1 helai daun pandan
air secukupnya

caranya
satukan semua bahan di atas di dalam periuk yang sesuai
kemudian rebus biji sagu hingga kelihatan jernih.
matikan api dan tapis. Ketepikan. (untuk mempercepatkan proses merebus, tutup periuk dan biarkan hingga mendidih)



langkah 3
1-2 biji keledek oren - potong kecil ikut kesesuaian
2 helai daun pandan - simpul
1 liter air
2 sudu besar gula merah
1 keping gula melaka/apong
1 kotak kecil santan - 200 ml 
1/4 sudu kecil garam - optional

caranya
guna periuk yang besar sedikit, masukkan air, daun pandan dan keledek oren. rebus hingga empuk tetapi jangan sampai lembik nanti keledek akan hancur (untuk mempercepatkan proses merebus, tutup periuk dan biarkan hingga mendidih)
kemudian masukkan gula merah dan gula melaka. kacau hingga gula larut.
tambah santan dan kacau perlahan.
masukkan pula bubur cha cha dan sagu yang telah direbus awal tadi. kacau rata hingga semua sebati
akhir sekali perasakannya dengan garam. siap



bubur cha cha bersama keledek oren dan sagu
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


1 comment

raisha said...

Slm,t.kasih sis, sudi share resepi sedap ni. Nanti saya nak cuba masak utk suami & anak2. Moga dimurahkan rezeki sis. Aamiin.