Qasey Honey. Powered by Blogger.

BLACK BOTTOM BANANA CAKE / KEK PISANG COKLAT YANG MOIST DAN SEDAP


Salam my kesayangan...

lamanya QH tak buat kek pisang ni...kali ni sesaje la mengimbau kenangan semasa memula berblog...ni la kek pertama yang QH buat untuk blog tau...hampir 9 tahun yang lepas...untuk kali ni rasa teringin pula nak merasa black bottom banana cake ni...bila dah rindu ni...buat la juga...lagi satu senang je nak buat kek pisang ni dan juga sedap rasanya bila ada rasa coklat di bawahnya tu...pulak kali ni QH taburkan bebanyak sikit coklat chip kat atas tu...lagi umphhh tau...rasanya tidak terlalu manis dan sedang2 sahaja...nak tengok version pertama QH buat kek ni...boleh la cari di label kek tu yer...


untuk kali ni QH menyediakan video langkah demi langkah untuk menyiapkan kek ni...boleh klik link https://www.youtube.com/watch?v=nwWmNapaR2g&t=1s yang tertera untuk teruskan menonton...in shaa Allah dengan panduan video yang disediakan pasti kek yang dihasilkan menjadi dengan sempurna...sebelum tu jangan lupa subscribe youtube channel Qasey Honey tau...terima kasih


BLACK BOTTOM BANANA CAKE
youtube Qasey Honey

BAHAN2
1/2 cawan Butter - lembutkan
1 cawan Gula
1 biji telur Gred A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan pisang dilecek - guna pisang berangan
1 1/2 cawan Tepung Gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1/2 sudu teh garam* (bertanda * satukan bahan - ayak)
1/4 cawan serbuk koko
chocolate chips secukupnya


caranya
Dengan menggunakan mixer, pukul mentega dan gula sehingga ringan dan gebu. 
Masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati. 
Masukkan pisang dan kacau rata menggunakan spatula. 
Masukkan campuran tepung yang telah di ayak dan gaul sehingga sebati dengan spatula.
Bahagikan adunan kepada dua adunan. 
Masukkan serbuk koko ke dalam satu bahagian dan ratakan ke dalam tin yang telah digris. 
Sudukan sebahagian lagi adunan di atas nya.
Bakar pada suhu 170°C selama 30 minit atau sehingga kek masak. Sejukkan di atas redai dan barulah dipotong.



black bottom banana cake / kek pisang coklat
https://www.youtube.com/watch?v=nwWmNapaR2g&t=1s
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


No comments