Qasey Honey. Powered by Blogger.

RESEPI TERBAIK SET LENGKAP NASI KUKUS DAN AYAM GORENG CINCANG BEREMPAH SEDAP...PASTI BERTAMBAH MAKAN



Salam my kesayangan...

siapa sahaja yang tidak mengemari nasi kukus ni kan...setnya yang ringkas itu sudah cukup memikat selera semua...tambahan pula harganya yang murah dan mudah untuk mendapatkannya kerana lambakan penjual nasi kukus...sudah tentu menjadi pilihan ramai...

QH sendiri salah seorang peminat nasi kukus ni...set nasi yang ringkas begini memang pilihan QH...cukup sekadar ayam goreng dan gulai kari tu...nak lagi sedap kena la tambah sambal belacan tu...barulah ngam terok orang kata...

untuk resepi ni...nilah pertama kali QH memasak sendiri di rumah...saja buat rajin hari tu masak macam2 jenis...agak nampak renyah la sikit sebab banyak benda nak kena buat, tapi korang akan rasa enjoy tau...mula sekali korang kena fahamkan resepi tu...kemudian barulah korang boleh setkan timing nak masak tu macam mana...sambil masak yang tu, boleh buat yang ni, lepas tu buat yang ni pulak...siap sekali dengan membasuh bekas yang ada dalam sinki tu tau...haaa lebih kurang camtu la kaedahnya...jadi kerja memasak akan lebih mudah dan cepat siap!!! sebab tu korang akan rasa enjoy dan rasa mudahnya memasak...jangan tunggu satu persatu ye adik2...memang lambat kerja nak siap dan kelaparan la nanti orang dalam rumah tu... 


resepi ni di bawah ni QH dah asingkan satu persatu...tetapi cara QH memasak tak ikut susunan macam kat bawah tupon...nak mudah mehhh sini QH tunjukkan...

ok mula sekali QH rendamkan beras, sambil nak tunggu beras tu dalam 30 minit...boleh siapkan bahan untuk ayam...sebab ayam ni kena perap...lagi lama diperap lagi sedap nanti rasanya tu...simpan ayam ke dalam peti sejuk...apabila dah siap bab ayam ni...sambung ke beras yang telah direndam tadi...

sediakan pengukus dan didihkan air dalam pengukus...basuh pula beras dan toskan la airnya...sediakan la bekas untuk masak beras/mug pon boleh...masukkan beras dan sukat airnya...air dah didih boleh terus kukus beras tu sampai nasi masak...sambil2 buat kerja lain nanti...jeling2 la sekali sekala kat nasi tu ekkk...


sementara tunggu ayam diperap dan nasi masak...masa ni boleh siapkan sambal belacan dan lauk kari tu...sambil2 tu boleh membasuh bekas2 yang dalam sinki tu...jadi takde la dapur tu nampak bersepah sangatkan...jangan lupa jeling2 nasi tu kot dah masakkan...bila nasi tu dah masak matikan mati dan biar je nasi tu di dalam pengukus...

ok semua dah masak...masa ni boleh mula goreng ayam...ayam ni QH memang masak akhir sekali...masa nak makan nanti panas2 baru sedap...

kalau nak letak telur puyuh dan tauhu goreng macam set yang QH buat tu...telur tu boleh di rebus awal2 sebelum rendam beras...lepas tu rebus la telur puyuh tu banyak sikit...sebab nanti tau2 je tengok dah makin kurang...tauhu tu goreng sebelum goreng ayam...


set nasi kukus ni resepinya QH ambil dari google...dari pelbagai blog, lepas tu digabungkan semua jadi satu set resepi pilihan QH...hasil gandingan semuanya memang berbaloi dan sangat sedap...bila tengok tu macam tak percaya lak yang semua tu QH masak sendirian tau...siap air sirap lagi takde dalam gambar...seperti makan kat kedai pulak...

set nasi kukus ayam cincang goreng berempah ni QH ada sediakan video masak langkah demi langkah...di mana nak tonton?? sudah semestinya di youtube channel Qasey Honey la kan...di situ takde la QH tunjukkan seperti mana cara2 kat atas tu...mau pening pulak sesiapa yang menonton nanti...di video tersebut QH tunjukkan satu persatu cara masak kesemuanya...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=vKC3x2-cmrI yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tu yer...terima kasih dan selamat mencuba...


NASI KUKUS AYAM CINCANG BEREMPAH
youtube Qasey Honey

NASI KUKUS JELITA

bahan2
beras basmathi secukupnya - rendam 30min
air secukupnya
daun pandan - simpul


caranya
rendam beras selama 30 minit kemudian toskan air dan bilas sehingga bersih. toskan dan ketepikan sebentar
sediakan pengukus dan didihkan air secukupnya dengan sehelai daun pandan
sediakan mangkuk porcelin atau mug yang sesuai dan sudukan 2 sudu beras ke dalam bekas tersebut
menggunakan sudu yang sama, sudukan 3 sudu air ke dalamnya
rata2kan permukaannya dan kukus beras tersebut hingga masak
in shaa Allah nasi akan peroi/berderai dan naik cantik seperti di gambar


KUAH KARI KOSONG / KUAH KARI KENTANG DAN LOBAK / GULAI KOSONG

bahan2
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 tangkai daun kari
1 biji lobak merah
1-2 biji kentang
1 cawan air atau secukupnya
1/2 cawan santan
1/2 sudu kecil pes asam jawa
gula dan garam secukup rasa


caranya
kisar bawang besar dan bawang putih
satukan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit bersama sedikit air. jadikan pes
sediakan periuk yang sesuai, panaskan sedikit minyak masak
tumis bahan yang dikisar tadi bersama kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau
masukkan rempah yang telah dijadikan pes dan juga daun kari. tumis hingga pecah minyak, jika terlalu pekat tambahkan sedikit air. kacau sekali sekala supaya tidak hangit
masukkan pula lobak merah dan kentang. kacau rata
tambahkan air dan kacau lagi. biarkan sehingga lobak dan kentang empuk sambil di kacau sekali sekala
apabila telah empuk, masukkan santan dan kacau perlahan hingga rata
akhir sekali masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa. kacau rata
jika rasa sudah sempurna boleh la matikan api


SAMBAL BELACAN

bahan2

2 paket belacan ABC
3 ulas bawang putih
12 biji cili padi merah
10 biji cili padi hijau
3 biji limau kasturi - buang biji
1 biji tomato
1 sudu besar gula melaka
1 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu besar cuka
air secukupnya - tidak terlalu pekat atau cair

caranya

bakar belacan dan bawang putih sebentar (hingga naik bau)
kemudian satukan semua bahan di atas ke dalam blender
kisarkan sekejap tidak perlu terlalu hancur atau lumat
tuangkan sambal tadi ke dalam mangkuk atau bekas bertutup. siap


AYAM CINCANG GORENG BEREMPAH

bahan21/2 ekor ayam
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
2 tangkai daun kari

bahan kisar
2 inci kunyit
1 inci halia
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
4 batang serai
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar biji ketumbar
1 cawan air atau secukupnya


caranya
potong ayam tidak terlalu kecil dan bersihkan. ketepikan sebentar
kisar bahan2 yang perlu dikisar
di dalam mangkuk satukan ayam, garam, serbuk kunyit dan serbuk cili. gaul semuanya sehingga rata
kemudian masukkan tepung jagung, telur, daun kari dan bahan yang telah dikisar tadi. gaulkan semuanya sehingga rata
kemudian perapkan selama 1 jam atau lebih. simpan di dalam peti sejuk
panaskan minyak masak secukupnya, kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi. cedukkan ayam bersama rempahnya sekali
goreng hingga garing dan kuning keemasan (pastikan tidak terlalu hitam)
angkat dan toskan minyaknya 


set lengkap nasi kuku ayam cincang goreng berempah
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


2 comments

Farah Deeb said...

Wowww ni memang kena pilih hari cuti kalau nak masak sume nih hehe... baru tau kari kosong tu ekcelli banyak la gak guna bahan. Ingatkan bawang ngan kari semata je kihkih. Tengs for sharing ye! Jemput singgah: Tempat menarik di Sarawak!

Nas Nuri Construction (Dawaibesi.com) said...

Assalamualaikum Sis Qasey Honey, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200



Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100



Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50



Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.