Qasey Honey. Powered by Blogger.

RED VELVET CHOCOLATE CHIP COOKIES...PILIHAN NO 1 BISKUT RAYA (serta tips senang dan mudah)


Salam my kesayangan...

haaa timbul dah biskut raya dia...heeee
kali ni buat awal sikit...maklum la dah lama kan QH tak kongsikan resepi biskut raya di sini...in shaa Allah lepas ni nanti QH akan kongsikan lagi beberapa resepi kukis raya ehh...QH akan cuba cari yang mudah dan senang untuk dicuba...maklum la di dalam tempoh PKPB sekarang ni semua pergerakan masih lagi terhad dan nak mendapatkan bahan2 pula kena beratur panjang lagi...rasa bercinta nak berulang alik ke bakery banyak kali kan...QH awal pada Ramadan lagi dah siap2 beli semua bahan...tangan ni capai je ape yang ada kat rak...semua di dalam list ada...tapi takde la beriya mana shopping...beli ngam2 je...cukup ke tak...jadikan sampai cukup...heeee

untuk biskut raya pertama edisi raya kali ni...QH memilih Red Velvet Chocolate Chips...biskut ni setiap tahun akan buat...mesti ada la red velvet ni dalam koleksi biskut raya...antara kukis yang QH suka...nak buat kukis red velvet ni dah senang dan mudah dah sekarang ni...di bakery sekarang dah ada red velvet emulco atau paste...jadi gunakan yang tu sahaja...warna lagi cantik dan sangat wangi...tuang je ke dalam doh...terus naik bau dia...mengugat iman betul heeee


untuk koleksi biskut raya kali ni QH menggunakan tepung gandum sahaja...yang ni di mana2 ada jual...senangkan...kukis tetap anggun, jelita, rangup dan sedap juga...tak payah lagi nak beli tepung red rose bagai tu...tetapi kalau nak guna juga takde masalah...pilihan di tangan sendiri...sebab QH banyak juga dapat pertanyaan...boleh tak kalau nak menggunakan tepung gandum sahaja...ada yang masih tak kenal bahan2...tak tahu nak beli kat mana tepung2 tu nanti...cara paling mudah pilihan QH sekarang "TEPUNG GANDUM"...cari la jenama The Bakers...setakat tu sahaja jenama bahan yang boleh QH kongsikan...nak lebih kena la berguru heeeee...

lagi satu kukis ni tidak memerlukan mixer...guna cara mak2 kita dulu pukul dengan menggunakan tangan sahaja...dalam amaun adunan yang kecil ni takde masalah jika menggunakan tangan sahaja...kalau buat berganda2 mixer adalah benda wajib ada...kalau tidak jenuh pulak nak pukul butter tu nanti...lepas tu doh yang dah siap tu semasa nak susun di atas tray tak payah nak bulat2 kan sangat...cukup sekadar cubit2kan ikut saiz yang sesuai (lebih kurang 1 sudu kecil) lepas tu terus susun...sebab kita nak tekstur kukis ni nampak natural...

untuk resepi ni QH telah sediakan video langkah demi langkah cara membuatnya di youtube channel Qasey Honey...klikkan sahaja pautan link https://www.youtube.com/watch?v=wbVXwlvOSSk&t=26s yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa pula untuk subscribe, like n share youtube channel QH tu tau...terima kasih dan selamat mencuba...


RED VELVET CHOCOLATE CHIPS COOKIES
menghasilkan lebih kurang 60-70 keping
youtube Qasey Honey
sumber Masam Manis

bahan A (ayak)
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk koko

bahan B
120 gm pure butter (salted)
10 gm minyak sapi (pure)
100 gm gula kastor
1 biji kuning telur gred A
1/2 sudu kecil vanilla
1 sudu kecil red velvet emulco/paste

bahan C
50 gm badam cincang - bakarkan sekejap
60 gm chocolate chip
white/marble chocolate chip - hiasan


caranya
Panaskan oven kemudian bakarkan sekejap badam cincang (15 minit ) suhu 120C-130C. keluarkan dari oven dan biarkan sejuk

Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko. kemudian ayak. ketepikan

Di dalam mangkuk yang bersih dan kering, satukan butter, minyak sapi dan gula kastor. pukul hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat dengan menggunakan senduk kayu.
Tambahkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
Kemudian tambahkan vanilla dan red velvet emulco. pukul lagi hingga adunan rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi, gaul dengan senduk kayu atau spatula hingga rata.
Akhir sekali masukkan chocolate chip dan badam cincang yang telah dibakar awal tadi.
Gaul adunan hingga rata dengan menggunakan tangan.
panaskan oven pada suhu 170C
sapukan dulang pembakar dengan butter atau alaskan dengan baking paper
Sudukan/cubit adunan di atas dulang pembakar
Hiaskan permukaan doh tadi dengan white/marble chocolate chip
masukkan ke dalam oven dan bakarkan selama 20-25 minit pada suhu 170C (bergantung kepada oven masing2)
Apabila telah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan biskut di atas redai
kemudian simpan di dalam bekas kedap udara.


red velvet chocolate chips cookies pilihan no 1
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayathome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita

No comments