Qasey Honey. Powered by Blogger.

SHELLOUT sedap tak terkata, rasa padu seperti di kedai...jimat banyak jika masak sendiri!!!


Salam my kesayangan...

bersua lagi dengan resepi yang ketiga untuk tahun 2021 ni...
bukan la resepi baru tetapi resepi baru yang QH cuba masak sendiri...kali ni QH bershellout pula...

kenapa nak susah2 masak sendiri kat rumah sedangkan dah ada banyak kedai makan yang menjual menu ni...makan di kedai ni tak sama jika makan di rumah...kat kedai tu kena la control ayu sikit...kalau kat rumah tu...ikut suka la nak kokak ketam tu macam mana pon...nak comot macam mana pon kan...heee

lagi satu...pada yang kurang berkemampuan untuk makan di luar macam hampa semua tu...kesian la kat depa kan...depa pon nak makan sedap2 jugak...jika masak sendiri ni kan banyak yang dorang boleh jimat dan tentu lagi puas bila semua dapat merasa menu mewah ni...siap boleh ulang makan lagi jika masak banyak...siapa je yang tak suka menu ni kan...macam2 ada kat dalam tu...


shellout ni dah menjadi antara peberet QH dah sekarang...rasa mewah je kalau dilambakkan di atas meja...makan pulak dengan nasi putih...wadupppp enak bangettt sihh...kebiasaanya bila makan lauk gini...nasi tu tak berapa nak tambah sangat sebab duk ralit meratah lauk2 yang ada tu jer...

jika makan di kedai boleh la order 2-3 jenis rasa yang lain...antaranya butter garlic, black pepper atau lemon pepper...tapi bila dah buat sendiri ni cukup la 1 rasa je...tupon bercinta habis nak cuba masak...antara yang paling popular iaitu rempah kari la...yang pasti menjilat jari...buat pedas2 sikit...sedapnya tu tak terkata...

yang lagi best bila masak sendiri ni...boleh la nak letak ape pon yang kita suka dan mengikut kemampuan bajet la kan...nak lagi meriah tambah la sotong, kupang, lala atau ketam nipah ker...


untuk resepi ni macam biasa, QH telah menyediakan video masaknya langkah demi langkah mengikut cara QH di channel youtube Qasey Honey...klik pautan link yang tertera tu https://www.youtube.com/watch?v=EA7XESWlfrU&t=4s untuk teruskan menonton...bila dah singgah ke sana tu...jangan la lupa untuk subscribe, like dan share yea...di sana ada banyak lagi resepi2 menarik yang patut korang cuba tau...

haaa kalau dah berkenan dengan resepi ni...apalagi jom la cari bahan2nya dan masak...selamat mencuba!!


SHELLOUT TERLAJAK SEDAP
youtube Qasey Honey

BAHAN SAYURAN (rujuk video)
1-2 biji jagung manis (potong 3-4)
1 biji lobak merah
Brokoli

Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali lobak merah dan jagung tu kena rebus sampai empuk.

MAKANAN LAUT (rujuk video)
3 ekor ketam (belah 2)
10-12 ekor udang harimau
1/2-1 kilo kerang

Semua makanan laut ini di cuci bersih. Didihkan air bersama sedikit garam. Kemudian di rebus secara berasingan.

* Sukatan makanan laut ni terpulang, tapi haruslah bersesuaian dengan sukatan bahan rempah yang disediakan

JANGAN REBUS TERLALU LAMA UNTUK ELAKKAN ISI LIAT, MENGECUT DAN TAK SEDAP


BAHAN REMPAH

Bahan A - hiris

6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 inci halia
10-15 biji cili padi (nak pedas lebihkan)
5 tangkai daun kari (ambil daun sahaja)
2 batang serai (di ketuk)
4 helai daun limau purut
Minyak masak untuk menumis
2-3 sudu besar butter / margerine

Bahan B - kisar
20-25 tangkai cili kering - buang biji dan rendam lembut (nak pedas lebihkan)
2 biji bawang besar
15 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan
1 genggam udang kering (rendam lembut)

Satukan semua bahan bersama sedikit air dan sedikit minyak masak. kisar hingga halus

Bahan C - rempah
2 sudu besar serbuk kari ikan 
2 sudu besar serbuk kari makanan laut 
3 sudu besar sos tiram 
3 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil serbuk lada hitam 
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa


caranya
Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
Masukkan bahan hiris (bahan A) dan tumis hingga harum dan garing.
Bila dah garing, masukkan bahan kisar (bahan B) masak sampai garing. 
Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi
Kemudian masukkan bahan perasa (bahan C)
Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam, kiub ayam dan gula
Kemudian baru masukkan garam 
* berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin.
Biarkan kuah merenih sebentar.
kemudian masukkan kerang, masakkan sebentar
masukkan udang dan ketam. kacau rata
Masukkan lobak merah dan brokoli (brokoli jika tak letak sekali pon tak apa, boleh hidang bersama dengan jagung)
perasakan rasanya, jika sempurna matikan api dan terus hidang bersama nasi putih.


shellout terlajak sedap
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih

1 comment

Abam Kie said...

As salam. Terus terasa lapar bila tengok foto chicken shellout ni. Lps ni boleh try resepi ni. Thanks. Done follow your blog. No 762.