Qasey Honey. Powered by Blogger.

BUBUR BUTIR NANGKA / BIJI NANGKA manisan kesukaan ramai...



Salam my kesayangan...

Kembali lagi dengan resepi yang seterusnya bagi tahun 2021...resepi PKP 2.0!!! 

Apa pula resepi viral PKP 2.0 ni kan...semasa PKP yang lepas tak semua resepi viral QH follow...laju sangat2 la korang ni...mana yang sempat dan memikat selera je yang QH cuba...yang lain2 QH hanya pandang sahaja...heeee...nak mencari keperluan pon bercinta...jadi pemerhati je la...

sekali lagi negara kita di duga dengan wabak Covid-19 yang masih belum reda dan tiada penghujungnya...semakin hari kes makin bertambah...nak keluar bekerja dan bergerak bebas pon takut tau...sebabnya QH berada di antara enam negeri yang dikenakan PKP 2.0...sebab di luar sana kita tak tahu siapa pembawa dan bila2 masa sahaja boleh dijangkiti sekiranya kita lalai menjaga diri...atas tuntutan bekerja terpaksa juga la QH keluar rumah...mujur la ada pengiliran bertugas dan bekerja dari rumah...semoga kita semua dijauhkan dari wabak tersebut dan sentiasa di lindungi olehNya...aaminn... 


resepi kali ni...bukan la sesuatu yang baru...cuma QH memandai letak warna bersempena Hari Malaysia pada tahun lepas...haaaa tudia punya la lama QH peramkan...sampai dah PKP 2.0 baru sempat sampai ke sini...

butir nangka atau biji nangka ni sejenis kuih tradisional serta manisan yang popular di negeri Kelantan dan Terengganu...sehingga kini ianya masih popular dikalangan pengemarnya...dengan kuahnya yang cukup berlemak tu sedap dimakan ketika sejuk dan panas...QH suka makan ketika ianya masih panas...nak buatnya tak susah mana pon...apa yang perlu adalah kekentalan jiwa dan kerajinan...kalau dua tu takde memang sampai kesudah tak jadi tau...heeee

kalau cara tradisi butir nangka ni dibuat dengan menggunakan air pandan dan biasa yang kita nampak warna hijau la kan...yang ni QH dah ikut suka hati jek...maapkan saya ye...nak tambah sedap lagi boleh tambah isi nangka kat dalam tu...kalau bulan puasa tu sesuai la dihidangkan untuk berbuka manisan ni...tapi biasa bulan puasa tu QH beli jer sebab nak rasa sikit2 jer dan banyak lagi yang harus dibelikan...heeeee


untuk resepi ni QH telah menyediakan video cara membuatnya langkah demi langkah di channel youtube Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=meWTlE_qVzk&t=31s yang tertera tu untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan la lupa untuk subscribe, like dan share channel youtube Qasey Honey tu tau...kat sana ada banyak lagi video2 masak yang menarik untuk dicuba...jom la support channel youtube QH tu...lagi ramai subscriber lagi meriah...jangan lupa juga bagitahu pada kawan2 atau jiran yea...heeee...terima kasih....


BUBUR BUTIR NANGKA
youtube Qasey Honey

bahan butir nangka
2 cawan tepung pulut 2 sudu besar tepung gandum 1/4 sudu kecil garam air secukupnya
pewarna pilihan

Caranya
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Gaul rata
Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Titiskan pewarna dan uli rata. 
Gentel doh dan bentukkan sedikit lonjong seperti biji nangka.
Rebus air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentel tadi.
Rebus hingga doh timbul di permukaan.
Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.


bahan kuah 600 gm santan (300gm santan pekat + 300gm air) 5 sudu besar gula pasir 1/4 sudu kecil garam 2 helai daun pandan sedikit halba jika suka (qh tak letak)
isi nangka - jika suka

Caranya
Satukan semua bahan,masak hingga gula melaka/nisan hancur dan santan mendidih. Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul.
Masukkan kuih biji nangka.
Masak hingga mendidih dan kuih terapung di permukaan. 
Akhir sekali masukkan isi nangka. Kacau rata dan tutup api.

kari ayam kukus / steamed curry chicken
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments