Qasey Honey. Powered by Blogger.

AYAM MASAK SAMBAL KACANG / SAMBAL KACANG AYAM.. pasti sedap!!



Salam my kesayangan...

kembali bersua semua...

pada 18 Mac 2021 yang lepas genap setahun tempoh PKP di Malaysia...pelbagai kisah dan cerita yang kita tempuhi sepanjang tempoh tersebut...ada yang hilang pekerjaan, hilang punca pendapatan, anak2 tidak bersekolah, bekerja dari rumah, tidak bebas untuk ke mana2, nak keluar rumah pon tak boleh tanpa sebarang alasan yang tak munasabah, terpaksa mengikut sop yang ditetapkan dan macam2 lagi...

jika difikirkan sepanjang tempoh tersebut...kita semua dapat dan redha mengharungi dugaan tersebut sehingga kini...Alhamdulillah atas segala ujian yang diberikan...kita berjaya tempuhinya walau dalam keadaan yang sukar...di dalam ujian tersebut terdapat sebuah hikmah yang tersembunyi tanpa kita sedar...


baik la untuk perkongsian resepi hari ni adalah resepi ulangan...QH dah pernah kongsikan resepi ayam masak sambal kacang atau sambal kacang ayam ni di SINI dulu...sambal kacang ni selain dari ayam, boleh juga letakkan tauhu...pon QH dah pernah kongsikan di SINI...ni la lauk kegemaran QH adik beradik...kalau berkumpul atau balik ke kampung mesti akan minta mak untuk masakkan lauk ni...sekarang nak balik pon susah...tak boleh rentas negeri lagi...jadinya masak la sendiri bila kerinduan tu datang...

kalau masak lauk ni QH akan gandingkan dengan nasi putih, daun lettuce dan ikan goreng...saje taknak bagi kacau rasa ayam masak sambal kacang tu dan itu la cara mak QH hidangkan...nak makan dengan nasi impit pon bole juga...ikut pada selera masing2 la ye...


untuk edisi kali ni...QH telah menyediakan video cara memasaknya langkah demi langkah...di mana ingin menonton? tentu la di youtube channel Qasey Honey...klik sahaja pautan link https://www.youtube.com/watch?v=jT2WKOCWhTo&t=166s yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu seperti biasa jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tu yer...terima kasih...


AYAM MASAK SAMBAL KACANG
youtube Qasey Honey

Bahan2
1/2 ekor ayam - potong kecil
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk mengoreng

Bahan sambal kacang
300 gm kacang tanah
3-4 biji kentang
15-20 tangkai cili kering
7 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 batang serai - ketuk               
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit
3 biji buah keras
2 sudu kecil gula melaka atau secukup rasa
1 sudu kecil pes asam jawa
1-2 cawan air atau secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
 


caranya
1. Mula sekali bersihkan ayam dan belah kepada 4 bahagian. Lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Gorengkan ayam tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Gorengkan kacang tanah dengan sedikit minyak. Pastikan kacang masak dengan sempurna
3. Apabila sudah siap digoreng, ketepikan. Toskan minyak berlebihan kalau ada dan biarkan kacang sejuk sekejap kemudian baru ditumbuk atau dikisar. Kisar kacang halus dan kasar kacang tersebut.
3. Seterusnya tumis bahan yang telah dihiris tadi dengan sedikit minyak. Kemudian toskan dan kisarkan bersama buah keras sampai halus.
4. Selepas itu, masukkan kesemua bahan yang telah dikisar tadi ke dalam kuali dan didihkan.
5. Masukkan sekali kacang tanah dan air asam jawa. Masukkan juga air supaya kuah sambal tak terlalu pekat.
6. Apabila sudah mendidih, masukkan gula melaka sikit-sikit sehingga mencapai kemanisan yang dihajati. Masukkan juga sedikit gula dan garam secukupnya. Kacau rata.
7. Kacau-kacaukan kuah sambal ini dan biarkan masak di atas api yang kecil sehingga pecah minyak.
8. Langkah terakhir masukkan ayam yang telah digorengkan tadi. Kacau sehingga rata dan perasakan rasanya. Siap untuk dihidang. (Tambah air jika kuah terlalu pekat)


ayam masak kacang sedap 
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments