Qasey Honey. Powered by Blogger.

JEJARI KELEDEK OREN RANGUP / CRISPY SWEET POTATO FRIES - resepi sukatan cawan

 

Salam my kesayangan...

Alhamdulillah...hujan lebat pagi ni membasahi bumi KL dan sekitarnya selepas subuh tadi...mujur la dah mula cuti sekolah...kalau tak mau la jalan akan jem giler2 dan sudah tentu lambat juga akan sampai ke opis...rasanya dah lama tak hujan pagi2 begitu...nasib la memikirkan kerja pagi ni...kalau tak mau tarik selimut balik...heee...sebab hari cuti cuaca panaih merelit nooo...

hujan2 begini dapat layan kopi o panas sedap juga kan...tambah pula dihidangkan bersama dengan lempeng atau nasi lemak...wallaaa syahdunye...


selain nasi lemak dan lempeng...boleh jugak buat jejari keledek oren...ni kalau kebetulan ada keledek la kt rumah...lawankan pula dengan sambal kicap...wadupppp enak banget dehhh...orang Johor kalau takde sambal kicap macam tak sah untuk mencicah tau...nak taknak kalau buat goreng2 macam ni akan usahakan juga buat sambal kicap...

cuma bila dah lama berhijrah ke KL ni...susah dah nak jumpa gerai yang menjual goreng2 bersama sambal kicap...kalau ada pon kureng upmmhhh la rasanya tu...berbeza la kalau gerai2 di Johor...memang padu dan wajib kena ada la, kalau takde sambal kicap tu mau boleh mengamuk kot...heee...gurau jekk la


jejari keledek oren ni...memang antara peberet QH la...isinya yang manis tu ditambah pula dengan luarnya yang rangup tu...memang boleh buat tak berhenti la nak mengunyah...bancuhan tepung ni QH kerap guna untuk buat goreng2...tak kisah untuk goreng pisang ke...cempedak ker...cendawan pon boleh...hasilnya memang rangup...krup krap bila di makan suam2 tu...yang best bancuhan tepung ni memang akan bersalut elok je pada bahan yang kita guna tu...cukup cair dan pekatnya...tak payah ubah2 lagi dah...

QH dah pernah kongsikan resepi ni di sini dulu...nanti cari la yea...untuk kali ni disebabkan teringin nak makan jejari keledek oren...jadinya QH menyediakan video langkah demi langkah cara membuatnya...klik pada pautan link https://www.youtube.com/watch?v=JEOgRGhdqJQ&t=104s yang tertera tu untuk teruskan menonton...seperti biasa jangan lupa untuk subscribe youtube channel Qasey Honey tu tau...di sana ada banyak lagi video resepi2 yang menarik untuk di cuba...terima kasih...



JEJARI KELEDEK OREN RANGUP
youtube Qasey Honey

bahan2
keledek oren
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras 
5 sudu besar marjerin  
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/4 sudu kecil garam  
minyak masak secukupnya 


caranya
1. Kupas keledek dan potong kecil memanjang/bentuk jejari. rendam dalam air ketika dan bersihkan seperti biasa. toskan airnya.
2. Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender/food processor ikut turutan di atas kecuali keledek. Kisar sehingga batter sebati, rata & halus. Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
3. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Masukkan keledek ke dalam batter. Gaul rata.
4. Bila minyak dah panas, masukkan keledek yang bersalut tepung ke dalam kuali satu persatu.
5. Goreng jejari keledek sehingga kuning keemasan. Angkat & tos. Hidangkan bersama dengan sambal kicap.


jejari keledek oren rangup
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments