Qasey Honey. Powered by Blogger.

KUIH TEPUNG PELITA masak guna kuali je dan resepi sukatan cawan

 

salam my kesayangan...

dah sibuk bershopping ke tu?? QH biasa2 je takde nak beriya sangat buat persiapan...maklum la masih tak boleh rentas negeri untuk berhari raya kan...nampaknya dah 2 tahun la beraya di perantauan...semangat nak bershopping pon hilang dah...sedihnya rasa bila memikirkan tak boleh balik kampung lagi tahun ni...

lagipon dah usia2 sebegini takde la nak beriya sangat shopping macam2 seperti zaman muda2 dulu...sebab sekarang ni kalau rasa teringin tu terus beli je...lagipon dah selalu beli baju baru setiap kali ade majlis di opis...heeee...baik kasut ke...handbag ke...tudung tu semua la...jadi pakai je la yang mana ada tu...bagi peluang pada kekanak untuk merasai keterujaan berhari raya tu...

terkadang kita2 ni turun dari kereta sarung selipar jepun atau sandal je...tu yang selesa dipakai sampai la habis beraya...betul tak...takde dah nak berheel2 2-3 inci tu oooiiii...buat sakit kaki jerr...heee


ok la untuk perkongsian idea hari ni QH buat la sedikit kuih tepung pelita ni...asalnya nak buat kuih tako tapi sengkuang manjang lupa je nak beli...sudahnya jadi la kuih tepung pelita di dalam daun pandan...asal kuih tepung pelita ni sebenarnya menggunakan daun pisang...so redha je la...ada juga yang komen2 yang mengatakan ni kuih tako bukan tepung pelita...ye adik kakak abang...QH tahu tu...lagi pon bahan yang digunakan untuk resepi ni adalah resepi kuih tepung pelita...sampannya je yang derhaka...sebab taknak membazirkan daun pandan yang elok lebar2 tu dan malas nak mencari sengkuang lagi...terpaksa la menderhaka pada resepi...

in shaa Allah di lain masa nanti QH akan kongsikan kuih tepung pelita ni versi asal ye...yang menggunakan daun pisang tu...walaupon kejadiannya tidak sesempurna sebab salah sampan...tetap habis dan laku keras tau...makan pula sejuk2...aduhh mengedik2 je masuk ke tekak...lagi bertambah nikmat bila makan ketika waktu iftar...perghhhh 5 ketui sekali jalan je...heeee


resepi ni sangat senang...tak perlu kukus bagai hanya masak di dalam kuali je tau dah siap...sedikit leceh nak buat sampan tu je la...kalau taknak guna daun pisang atau daun pandan boleh juga masukkan ke dalam bekas plastik yang kecil2 tu...lagi mudah kerjanya...

nak tahu mudah atau tidak buat kuih tepung pelita ni...boleh tengok video langkah demi langkah yang telah QH sediakan di youtube channel Qasey Honey tu...klik sahaja pautan linkhttps://youtu.be/01oai_QX_Uk yang tertera tu untuk teruskan menonton...mudahkan...heeee...sebelum tu jangan lupa ye untuk subscribe, like dan share youtube channel QH tu...terima kasih...


KUIH TEPUNG PELITA DAUN PANDAN
youtube Qasey Honey

BAHAN LAPISAN PANDAN

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
4 cawan air pandan (kisar 10 helai daun pandan)

BAHAN LAPISAN SANTAN
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
1 cawan santan
1 helai daun pandan

SAMPAN DAUN PANDAN
30 helai daun pandan


caranya
siapkan sampan atau bakul untuk kuih tepung pelita (rujuk video cara membuatnya)
taburkan gula pasir secukupnya

lapisan bawah
satukan semua bahan di dalam kuali
masak dengan menggunakan api perlahan atau sederhana
sentiasa kacau sehingga keluar wap dan sedikit pekat. terus matikan api
sudukan lapisan bawah tadi separuh dari bekas pandan tadi. ketepikan

lapisan atas
satukan semua bahan di dalam kuali
masak dengan menggunakan api perlahan atau sederhana
sentiasa kacau sehingga keluar wap. terus matikan api
sudukan lapisan santan tadi hingga penuh bekas pandan tadi
biarkan sejuk atau simpan di dalam peti sejuk barulah dihidangkan


tepung pelita gedik daun pandan
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments