Qasey Honey. Powered by Blogger.

RENDANG AYAM TRADISI PADU DAN SEDAP resepi mudah (juadah raya) mesti cuba..pasti cari lagi!

 

Salam my kesayangan...

kembali berPKP la lagi nampaknya raya ni uolz...2x berturut2 la kita berhari raya tanpa keluarga yang lain...dugaan untuk kita semua...cuba pujuk hati sendiri...sedih mengenangkan nasib diri yang berada diperantauan...lagu raya pon kalau boleh tak mahu nak dengar...lagi2 lagu Dendang Perantau tu...

pagi tadi dengar radio dalam kereta orang bagi ucapan hari raya pon dah meleleh air mata...terus rasa sebak sangat2 teringat kat mak abah kat kampung...

bertapa bertuahnya pada mereka yang masih tinggal dan dekat dengan mak abah...bertuah sangat2...hargai la peluang yang ada tu dengan sebaiknya...tak semua orang dapat peluang sebegitu...kami yang jauh ni sentiasa mencemburuinya...


bila dah raya sendiri lagi ni...walau sedih macam manapon kena pikirkan juga apa yang nak dimasak untuk hari raya nanti kan...perkongsian idea hari ni kalau ada yang nak masak set ketupat rendang dan lodeh boleh cuba resepi rendang ayam ni...kalau google banyak sangat resepi rendang ni kan...ada rendang yang jenis kering dan ada juga yang jenis basah2 gitu...pilihan QH sudah tentu la suka yang jenis berkuah ni...

resepi rendang ayam ni sangat simple dan mudah tau...rasanya tetap padu dan menjadi peberet la resepi ni...resepi ni jugak QH dah pernah kongsikan di sini...bila teringin nak makan je QH akan guna resepi ni...kalau merendang pula QH suka ayam tu di goreng dulu...ada jugak yang tak suka bila ayam tu digoreng...kuah rendang tu nanti tak meresap ke ayam katanya...yang ni ikut pilihan masing2 la ekk...

QH ikut cara mak masak...tiap kali merendang ayam pasti ayam tu di goreng...sebabnya nanti bila dipanaskan banyak kali tidak la ayam tu akan hancur...kalau goreng tu jangan la goreng sampai garing...cukup 1/2 masak je dah...isinya akan juicy gitu...


rendang ayam ni selain dimakan bersama ketupat...boleh juga dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak tau...nak buat cicah makan dengan lempeng dan pulut kuning pon boleh la...

seperti biasa QH akan sediakan video cara memasak langkah demi langkah di channel youtube Qasey Honey...begitu juga dengan resepi rendang ayam ni...klik sahaja pada pautan link https://www.youtube.com/watch?v=lU3oTeWbCsc&t=76s yang tertera tu untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe, like dan share ekk...terima kasih...

ok semua in shaa Allah...berjumpa lagi kita di lain siaran ye...selamat mencuba...pasti tak menyesal la...


RENDANG AYAM SEDAP DAN PADU
youtube Qasey Honey

Bahan A

1/2 ekor ayam (potong kecil)
serbuk kunyit secukupnya
garam secukupnya

Bahan B (kisar)
1 labu bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
8 tangkai cili kering
8 biji cili api

Bahan C
1 kotak kecil santan 
3 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit (siat/hiris)
1/2 sudu kecil pes asam jawa + sedikit air
gula secukup rasa
garam secukup rasa


caranya
Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan (QH goreng dahulu ayam ni setengah masak)
Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan (ayam QH letak kemudian).
Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati. Kacau sekali sekala (Apabila kuah sudah sebati baru QH masukkan ayam yang telah digoreng tadi).
Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat, nasi putih atau nasi lemak.


rendang ayam sedap / chicken rendang
https://www.youtube.com/watch?v=lU3oTeWbCsc&t=76s
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


jangan lupa untuk jaga diri masing2 ketika berada di luar rumah...kalau tiada urusan yang mustahak elakkan dari berada di luar rumah dan duduk sahaja di dalam rumah...jangan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan patuhi SOP yang telah disediakan...bersama2 kita bersatu untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 ini sehingga berjaya...semoga dunia kita kembali pulih seperti sediakala...amalkan Norma Baharu dalam aktiviti harian

kepada frontliner kita, semoga semuanya terus kekal sihat, kuat, tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas...anda semua adalah hero kami #theunsunghero

#stayhome
#dudukrumahdiamdiam
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang

No comments