Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Hari ni adalah entri yang paling teristimewa...entri terakhir untuk bulan
Februari ni...ape sebabnya tu yang kita nak tahu kan...
Sebab hari ni bertarikh 29.2.2012...biase kita akan panggil tahun tersebut
sebagai tahun lompat...sebabnya lagi kita akan jumpa tarikh yang sama ni 4
TAHUN sekali...
Bersempena tarikh tersebut QH pon taknak ketinggalan untuk mengupdate
enrti pada tarikh istimewa ni...entah di masa akan datang berkesempatan atau
tidak untuk QH mengadakan enrti pada tarikh tersebut...sebab ajal dan maut kita
tak tahu bile kan...kalau dipanjang usia InsyaAllah la kan...akan berjumpa lagi
dengan tarikh tersebut...huhuhu...tetiba lak sedih melanda...
Jadi dikesempatan ni QH nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada sesiapa
yang menyambutnya pada hari ni...semoga anda semua dapat manfaatkan hari yang
teristimewa ni...sambut la dengan seadanya dan sebaik-baiknya...tapi jangan
lupa jemput QH tau...hehehe...hari ni hari anda...4 tahun sekali baru anda akan
menyambutnya pada tarikh tersebut...
Oleh itu untuk hari ni QH nak buat enrti panjang la sikit dari biase2
tu...sikit aja tak banyak...hahaha...
Dikesempatan ini juga QH nak mengucapkan TAHNIAH kepada blogger2 yang
telah diberi peluang dan diintai sekali lagi oleh pihak majalah untuk
meletakkan hasil karya mereka ni di majalah...memang berbaloi2kan...tapi ade
pembetulan sikit yea...JANGAN ade yang salah sangka pula...tujuan blogger2
masakan ni takde la nak mengejar glamour semata2 dengan adenya blog masakan
sendiri...takde niat sedikit pon macam tu...cuma masing2 nak tunjukkan hasil
kerja yang telah dihasilkan dan membuatnya sebagai hobi semata...tak mintak
sikit pon balasan dan pengiktirafan...
Tapi pihak majalah itu sendiri yang mencari mereka2 ni...bile dah diberi
peluang macam tu...takkan kita nak lepaskan kan...kita pon tumpang gembirakan
bile tengok kejayaan mereka ni kan...dengan hasil kerja mereka ni memang
layakkan...blogger yang QH maksudkan tu adalah jeng3...hehehe...Kak Reen Khan
dari Air Tangan Reen Khan untuk majalah Aroma Mac 2012...Kak Azlita dari MasamManis dua majalah sekali sambar iaitu Majalah Jelita 2012 dan majalah Eternity Mac 2012... dan Love2Cook Malaysia untuk majalah
Jelita bulan Mac 2012...semoga lepas ni anda semua lebih sukses dengan blog masak2 ni...hehehe...
Majalah Eternity adalah majalah online yea...sila ke
sini www.mediaglam.com secara percuma saje...QH pon baru tahu akan kewujudan majalah tersebut...
Okey...sekarang kita
tengok resepi pula yer...sempena 29.2.2012 ni...QH nk letak menu istimewa
jugak...APAM SPRITE...apam aje...hehehe...tapi berwarna warni dan kembang
setaman you...diluar jangkaan...terkejut sampai pengsan!!!! Hahaha...tak tau la
macam mane boleh jadi gitu...agaknya kalau buat balik tak jadi camtu lagi
kot...hahaha...nak perasan kejap boleh tak...hikhik...sebab pada QH ni la hasil
terbaik sepanjang QH berblog ni...suka tengok kesemua gambarnya...ade banyak
lagi gambar2 yang menarik lagi...tapi takkan nak letakkan semuakan...yang hanya
menggunakan kamera poket berjenama CANON tu...huhuhu
Resepi Apam Sprite ni QH
ambil dari Kak Azlita@Masam Manis...struktur apam ni memang molek
kejadiannya...yang penting sedap...tak puas rasanya kalau makan sebiji
dua...hehehe...sepanjang sesi photoshoot apam ni...tanpa sedar dah berketul QH
makan...tanpa sedar yer...bau semasa mengukus jangan cakap la...semerbak satu
dapur...penyediaannya pon mudah...satu adunan ni boleh dapat dalam 20 ketul saiz
M...
Pada yang teringin tu
boleh la cuba yer...pada Kak Ita...QH mintak izin untuk kongsikan resepi ni di
sini pula yer...jom tengok bahan2nya...
APAM SPRITE
Adaptasi dari resepi : APAM KUKUS MEKAR COLA
Sumber : Majalah SEDAP
2 biji telur
1/4 sudu teh garam
150 gm gula pasir
50 gm gula merah - ita guna gula perang
1/2 sudu makan ovalete
275 gm tepung gandum
15 gm susu tepung
1/2 sudu teh baking powder
225 ml air sprite
50 gm coklat cip - ita lebihkan sebab 50 gm ni macam sikit sangat
pewarna merah dan perasa strawberry
pewarna hijau dan perasa pandan
Perwarna purple dan
perasa blueberry
choc emulco
Caranya
Pukul telur, garam, gula pasir, gula merah dan ovalete sehingga kaku selama 10
minit. (dia mmg akan kaku tau! lagi pekat dari yg selalu kita buat kek chiffon
yg pukul sampai jadi bertanduk tu)
Masukkan tepung gandum, susu tepung, dan serbuk penaik yg di ayak berselang
seli dgn minuman sprite.
Sambil dipukul perlahan.
Masukkan coklat cip dan kacau rata guna spatula.
Sudukan adunan ke dalam papercup dan masukkan dalam acuan apam yg berlobang2
boleh lihat di SINI takde acuan jenis ni QH
guna acuan aluminium saje contoh di SINI
Sediakan kukusan. Buka api kuat. Biar air kukusan mendidih.
Susun dalam kukusan dan kukus selama 10 - 15 minit dgn api besar sehingga
masak.
* Tip: Kalau boleh
coklat chip tu diletakkan kemudian. Bagi memudahkan untuk gaul sebati warna
dengan adunan tersebut. Letak selepas adunan tu bile sudah siap diwarnakan. Ini
bagi mengelakkan coklat chip tersebut hancur atau mencair. Dan berfungsi untuk
membahagikan coklat chip tu sama rata dengan setiap color yang ade. Ini dari
pengalaman QH sendiri.
Post a Comment