Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Alhamdulillah dapat lagi bersiaran untuk hari ni...permulaan hari di
bulan Mac...sekejap jer kan dah masuk bulan ketiga bagi tahun ni...cepat betul
masa berlalu...macam mane dengan azam yang telah disematkan pada awal tahun
hari tu...ade yang dah tercapai ker??? kalau belum takpe banyak lagi masa kan
untuk mengejar dan menunaikan azam tersebut...kejar jangan tak kerjar
yer...hihihi...
Hari ni rasanya tak payah la QH nak membebel pepanjang...kesian kat
kengkawan nanti penat membaca...tekak pon nanti kering dan pedih sebab tuan
rumah tak sediakan air...hahaha...
Hari ni QH nak kongsikan resepi Black Paper Chicken Chop pula...agak malu sebenarnya nak tayang menu ni...sebab banyak sebabnya...hehehe...resepi ni
QH ambil dari MyResepi@Aeeda78...banyak juga komen2 mengatakan resepi ni memang
sedap...dah tengok macam tu...QH pon nak mencuba la pula...penyediaannya pon
mudah cuma bahan2 agak banyak sikit la...
Tapi agak mengecewakan la hasil dari QH ni...agak tak senonoh sikit
kejadiannya...berbanding dengan ape yang QH tengok hasil dari yang telah
membuatnya...huhuhu...nak nangis jap...sobsob...rasanya memang sedap...tapi
agak ade kehangusan sikit semasa QH memasak tu...agaknya api dapur terbesar
sikit kot...dalam gambar tu semua boleh nampakkan...nasib baik boleh cover
dengan sos lada hitam tu...
Dah la kehangusan...bahan2 sampingan lak boleh tak lengkap...dah jadi
macam kelakar pula tengok gambar2 tu semua...macam ade yang tak kena aje kan...pinggan
t upon nampak kosongkan...itu pon perasan semasa nak edit gambar2 ni semua...memang
dah tak boleh nak buat ape la...semua dah terlambat...makanan tu pon dah habis
dimakan...huhuhu...lepas ni perlu lebih berhati2 la nampaknya...taknak kejadian
yang sama berulang...
Untuk sos black paper ni memang sedap dah 2 kali QH buat...resepi sebelum
ni di sini yer...Ok la...macam mane pon jom kita tengok resepi...ape bahan2
yang diperlukan dan bagaimana caranya...pada MyResepi@Aeeda78...QH mohon untuk
letakkan resepi ni disini yer...
Black
Pepper Chicken Chop
Bahan-bahan (2 orang)
UNTUK DIPERAP
- 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo
malas, biar je tulang nye)
- 2 ulas bawang putih (cincang)
- 1 cm halia (cincang)
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos Lee & Perrins
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar madu
- garam secukup rasa
Cara-Cara
1. gaulkan ayam dengan
bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya
bahan perapan dpt diserap dengan elok.
2. selepas diperap
semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan
minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
3. balik-balikkan ayam
sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
4. lebihan bahan perapan
tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
5. tapi kalo rase tak cukup
je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di
atas.
6. caranya dengan memasak
bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan
menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.
SOS LADA
HITAM
Bahan-bahan
(ramai org boleh cicah)
- 2 sudu butter
- 1 1/2 sudu tepung gandum
- sebiji bawang besar(potong dadu)
- sebiji tomato (potong dadu)
- seketul kiub ayam knors
- 2 cawan air
- sedikit kicap pekat
- sedikit sos cili/sos tomato
- garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh
lebihkan amaun ikut selera
- tepung jagung(standby)
Cara-cara
1. Cairkan butter dengan api kecil.
2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga
perang
3. Kemudian masukkan bawang dan kacau
sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos
cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6. Tambahkan
kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2
kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan
lebih likat dan hitam.
7. Masukkan tomato yang telah dipotong
dadu tadi dan kacau
8. Tambahkan sedikit gula dan garam
secukup rasa
9. Masukkan
lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga
menggelegak.
10. Jika
sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit
demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11. Boleh dihidangkan
semasa panas.Ermmm sedap..
Post a Comment