Qasey Honey. Powered by Blogger.

AYAM PERCIK SEDAP



Salam my kesayangan...

Alhamdulillah hari ni dah masuk 14 hari kita berpuasa...
Biasa2 la kan...bulan puasa macam ni pasti tahap kerajinan nak memasak pelbagai menu tu luar biasa rajinkan...terkadang seperti tak percaya pulak menu tu kita yang masak...heeee

Dari dulu lagi QH dah perasan...senarai menu tu jangan cakap la...yang ditulis lain...yang di screenshot lain...yang di save lain...yang ada di dalam kepala pula lain...hahaha...haaa tudiaaa...punya la banyak...padahal senarai tu tak pernah habis pon...semakin kita ingin mencuba semakin banyak pula resepi2 yang sedap2 dan viral muncul...takkan pernah habis...

yang beli jangan cakap la...walaupon memasak...tetap juga teringat apa yang ada di bazar Ramadan...tetap juga nak membeli...dapat sejenis dua jadi la...tahun ni setiap kali QH ke bazar, mesti nak roti boom...sanggup beratur panjang...entah la tekak ni nak makan tu dulu lak waktu berbuka...macam2 kan... 



di bazar pon banyak makanan dah naik harga tahun ni...seketul ayam percik paling murah RM8...kalau dah beli 2-3 ketul boleh dapat sekor ayam tu...jadi kita gugel la resepi ayam percik ni...rasa macam tak lengkap pula bulan puasa ni tak perkena ayam percik...heeee

nasib baik la QH ada induction cooker model PCC-2200D dari Pensonic Malaysia ni...jadi dapat la QH mengril dan memanggang ayam percik...sangat senang untuk menggunakannya...untuk api kita pandai2 la control sendiri mengikut tahap kepanasannya...

Induction Cooker Pensonic PCC-2200D ni fungsinya selain dari memanggang dan mengril, terdapat juga fungsi2 lain seperti boleh setkan untuk merebus, mengoreng, nak masak sup ker, BBQ dan Hot Pot...istimewanya dapur ni disediakan tempat memegang kiri dan kanan...jadi sambil memasak dan mengacau boleh pegang tepi dapur tu sekali sekala... 



Untuk resepi ayam percik ni QH ambil dari blog CMG...dalam carian di google tu...hati ni tertawan pula pada resepi ni...tengok bahan2 pon senang dan kebanyakkanya telah sedia ada di rumah...tinggal beli ayam ayam jer...resepi ni QH ikut seperti mana resepi di bawah takde olah ape2...



AYAM PERCIK GAYA MAT GEBU
sumber Che Mat Gebu
BAHAN 2
5 keping kepak ayam, saiz besar, cuci bersih dan toskan
1 cawan santan
1 keping asam gelugor
2 camca besar gula melaka
1 1/2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa
1 camca besar minyak sapi
Minyak untuk menumis
Daun sup untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS
12 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
3 batang serai, hiris halus
3 biji buah keras, hiris
1 camca besar penuh ketumbar biji
1 camca teh jintan manis




CARANYA
1.       Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan), masukkan minyak sapi dan biar minyak sapi cair. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
2.      Masukkan santan dan sedikit air (dalam 1/2 cawan). Kacau rata dan biar mendidih. Tambah kepak ayam, asam gelugor dan gula melaka. Kacau rata dan masak dengan api sederhana dan balik2kan kepak ayam tadi.
3.      Perasakan dengan garam secukup rasa dan masak hingga kuah pekat. Sementara itu panaskan alat pemanggang atau che mat guna kuali ajaib. Sapukan sedikit minyak, kemudian keluarkan kepak ayam dari kuahnya dan panggang atau bakar hingga masak. Sapukan sedikit kuah pada kepak ayam semasa anda membakar. Bakar hingga semua kepak ayam siap.
4.      Baki kuah tadi anda panaskan dan jika terlalu pekat, tambah sedikit air. Siramkan baki kuah ayam percik atas ayam yang telah dibakar tadi. Hias dengan daun sup dan hidangkan segera.


ni ada sebahagian gambar yang sempat QH snap ketika masak ayam percik ni...memula tu sebab sayang taknak kotorkan permukaan dapur tu...berbungkus bagai la kita taknak bagi minyak tu jatuh atas permukaan dapur...maklum saja la bila dan masak jenis masakan sebegini pasti dapur akan kotorkan...tetapi macam lambat pula proses tu...heee jadi nak cepat QH cuba cara yang kedua...terus cepat masak dan ayamnya kelihatan cantik seperti di panggang atas pemanggang arang...sangat senang...balik2 kan ayam sehingga masak sepenuhnya...

Sesambil memasak tu jangan lupa untuk sertai peraduan yang dianjurkan oleh Pensonic Malaysia sebab terdapat banyak hadiah2 menarik yang menanti...mana tahu ada yang dapat induction cooker seperti QH...kan dan senang boleh bawak pegi travel lagi tau...syarat2nya ada seperti di bawah tau... 



Kempen Chef’s Like Pensonic pada tahun-tahun sebelum ini amat popular kerana ia seperti pesta bagi pengguna-pengguna produk Pensonic. Terdapat aktiviti-aktiviti menarik seperti kelas memasak bersama Chef Selebriti Dato Chef Haji (DCH) Ismail yang menyeronokkan, peraduan ‘Raya Merdeka Bring Chef Home’, rancangan masakan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’ dan banyak peraduan ‘Tonton & Menang’. Musim ketiga rancangan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’ Berjaya mencapai penonton lebih daripada 6.3 juta walaupun ia disiarkan hanya di TV3.
Tahun ini, satu rancangan baru yang menarik, 'Balik Kampung Bersama Pensonic' akan ke udara setiap Hari Isnin, jam 6.00 petang mulai 30 April 2018. Sertai pertandingan Beli, Tonton & Menang setiap minggu selepas menyaksikan rancangan ini yang terdiri dari 8 episod untuk peluang memenangi hadiah yang bernilai RM200,000.00 termasuk Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan rumah Pensonic dari 1 April hingga 30 June 2018. Pengguna hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah:

1.       Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.
2.      'Like' Facebook Pensonic & poster peraduan.
3.      'Share' poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am).
4.      Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3.
5.      PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB. 


Para pengguna digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini.


Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, Hadiah Istimewa termasuklah:
1.       Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
2.      TV LED 43" Pensonic
3.      Pendingin Udara Pensonic4.       
4.      Ketuhar 45L Pensonic  
5.      Pengisar Nutri De Blender Pensonic  
6.      Penyaman Udara

Kali ini, rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ mengabdikan kenangan indah amalan tradisional ‘Balik Kampung’ di Hari Raya. DCH Ismail akan ‘Balik Kampung’ bersama selebriti ke kampung masing-masing dan berbual mengenai kenangan masa lalu. Kemudian, DCH Ismail dan selebriti akan memasak makanan yang mereka gemari di Hari Raya.

Selain daripada peluang untuk memenangi hadiah-hadiah utama, hadiah-hadiah mingguan dan mempelajari cara menyediakan resipi-resipi menyelerakan yang akan ditunjukkan dalam rancangan ini, artis-artis tempatan bersama-sama dengan Chef kegemaran anda Dato Chef Haji Ismail sudah tentu akan membuatkan anda terpaku di hadapan kaca TV setiap Hari Isnin pada jam 6.00 petang. Artis-artis tempatan ‘hot’ yang akan muncul dalam rancangan ini ialah Hafidz Roshdi, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Nadia Amira Othman, Ashraf Islam, Alif Satar, Erwin Dawson, Nur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas, Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas, Ika Nabila binti Abdul Rahim dan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Terma & Syarat Peraduan Beli, Tonton & Menang ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ 2018

1. Setiap resit layak untuk satu penyertaan sahaja. Jika lebih daripada satu penyertaan dikemukakan menggunakan resit yang sama, hanya satu penyertaan akan dipertimbangkan.
2. Maklumat dalam Kad Waranti hendaklah dilengkapkan dengan sepenuhnya.
3. Peserta yang menyertai peraduan ini dan telah memenuhi syarat-syarat peraduan, layak ke pusingan akhir dan berpeluang memenangi hadiah utama Nissan X-Trail.
4. 10 pemenang akan dipilih bagi setiap episod peraduan Beli, Tonton & Menang ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’.
5. Pemenang untuk hadiah utama iaitu Nissan X-Trail akan diumumkan melalui Live FB Streaming di Facebook.
6. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
7. Peraduan ini tidak terbuka untuk kakitangan atau keluarga kakitangan Pensonic Holdings (Pensonic).
8. Peraduan ini akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Pensonic.
9. Semua penyertaan mesti dihantar dalam tempoh peraduan yang ditetapkan.      
10. Peserta mesti mematuhi semua syarat-syarat penyertaan seperti yang dinyatakan.
11. Pemenang perlu menghubungi Pensonic dalam tempoh 3 hari selepas pengumuman pemenang dibuat di Facebook.
12. Kami akan berusaha untuk menghubungi pemenang, tetapi jika pemenang tidak dapat dihubungi, atau jika penyertaan yang diterima tidak memenuhi syarat peraduan, maka hadiah akan terbatal dan tidak boleh dituntut.
13. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan Pensonic berhak menukar hadiah yang diumumkan dengan hadiah lain tanpa notis terlebih dahulu.  
14. Pemenang hendaklah menuntut hadiah dari pejabat Pensonic kerana gambar pemenang akan ditangkap bagi tujuan rekod, melainkan diberitahu sebaliknya.
15. Hadiah boleh diambil dari ibu pejabat Pensonic di Bukit Minyak atau dari Pejabat Pensonic Petaling Jaya sahaja. Bayaran kurier akan dikenakan sekiranya pemenang ingin mendapatkan hadiah selain dari dua pejabat yang dinyatakan.
16. Pensonic berhak mencetak, mengedar dan menggunakan gambar-gambar dan bahan-bahan yang dihantar dalam penyertaan sebagai kandungan berhubung (online), ‘on-ground’ atau bahan cetakan yang lain.
17. Pemenang-pemenang bersetuju untuk Pensonic menggunakan nama-nama dan gambar-gambar mereka dan akan bekerjasama dengan sebarang permintaan yang munasabah oleh Pensonic bagi tujuan pengiklanan atau media.
18. Pasukan Facebook Pensonic berhak dengan budi bicara mutlaknya dan tanpa notis terlebih dahulu untuk mengecualikan peserta dari penyertaan selanjutnya dalam peraduan.
19. Sebarang keputusan adalah muktamad. Peserta bersetuju untuk mengikut keputusan Pensonic berkenaan dengan sebarang aspek peraduan.
20. Pasukan Facebook Pensonic berhak memantau, dan mengendalikan semua aktiviti peminat Facebook, semasa dan selepas tempoh peraduan.
21. Pensonic berhak menukar hadiah-hadiah, menukar Terma & Syarat Peraduan atau menghentikan peraduan ini tanpa notis terlebih dahulu dan peserta akan terikat oleh perubahan ini. Peserta bersetuju menyerahkan hak-hak mereka mengenai peraduan ini dan tidak boleh mengambil tindakan terhadap Pensonic.
22. Peserta menyertai peraduan atas risiko sendiri. Dengan membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat ini, Perserta bersetuju untuk melepaskan pihak Penganjur, sekutu dan agensinya, dan pekerja, pegawai, pengarah dan wakil-wakilnya dari apa-apa kemalangan, kecederaan, tuntutan, kerugian atau kerosakan yang mungkin berlaku akibat penyertaan dan aktiviti peraduan, melainkan kerosakan, kos atau kemalangan disebabkan oleh kecuaian atau salah laku oleh mereka yang disebutkan di atas.
23. Dengan menyertai peraduan ini, anda bersetuju dengan terma & syarat di atas.  


No comments