Qasey Honey. Powered by Blogger.

BISKUT LEMAK GORENG BERTELUR



Salam my kesayangan...

Dah ada yang mula buat biskut raya ker?
nak QH kongsikan resepi biskut raya tak
in shaa Allah QH akan kongsikan selepas 15 Ramadan nanti...
takde la kecanggihan sangat tetapi boleh la memberikan sedikit idea dan pilihan untuk hari raya nanti...
rasanya agak lama jugakkan QH tak kongsikan resepi biskut raya...jadi tunggu la kemunculan biskut raya dari QH
hari ni kita siapkan dulu jaudah untuk berbuka petang nanti...

resepi ini QH ambil dari IG Kak CT...yang merupakan blogger masak2 ternama juga di Malaysia suatu ketika dulu...sekarang ni kak CT aktif di IG jer...


memula je terpandangkan resepi ni terus sahaja QH berkenan sangat nak mencuba...sebab ape...sebabnya ianya terlalu rare pada QH...lagi selepas membaca caption di IG ianya merupakan resepi turun temurun atau resepi lama keluarga kak CT...QH pasti ramai yang tak pernah tahu dan nampakkan resepi yang sebegini...mana nak sangka biskut lemak boleh disayurkan...tu la orang2 dulu sebenarnya lagi kreatif untuk mempelbagaikan resepi...maklum la dengan keadaan dulu kalau nak berendang bergulai bagai amat susah dengan faktor ekonomi waktu itu...jauh bezanya dengan kehidupan kita sekarang...nak berendang, bergulai hari2 pon boleh tapi di zaman nenek2 kita sumber sangat terhad...

taknak resepi lama sebegini dilupakan dan tanpa generasi muda mengetahuinya...QH cuba memanjangkan resepi ni di sini...cuma bezanya QH tambah brokoli dan biskutnya sepatutnya biskut tawar yang keras kejung tu tetapi kat KL ni susah pulak nak jumpa, jadi guna jer la biskut lemak masin ni...heeee...resepi ni selepas dimasak sedap di makan terus untuk mengelakkan biskutnya lemau...macam biasa resepi ada di bawah yea...selamat mencuba


BISKUT LEMAK GORENG BERTELUR

BAHAN2
15-20 keping biskut lemak
2 biji telur ayam
10 – 15 biji cili padi – diketuk
1/3 biji brokoli
2 biji bawang besar
sedikit lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


CARANYA
Panaskan minyak ke dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan cili padi sehingga layu.
Masukkan telur, biarkan seketika dan gaul sambil hancur2 telur tersebut.
Kemudian masukkan brokoli dan gaul rata.
Masukkan lada sulah, gula dan garam secukup rasa. Kacau lagi.
Seterusmya masukkan biskut lemak dan gaul rata. Jangan terlalu lama.
Akhir sekali perasakan rasanya, jika rasa sudah sempurna terus matikan api.
Hidangkan terus. Sedap dimakan panas untuk mengelakkan biskut menjadi lemau.


No comments