Qasey Honey. Powered by Blogger.

AYAM GORENG PEDAS / 4FINGER INSPIRED CRUNCHY KOREAN FRIED CHICKEN



Salam my kesayangan...

haaaa hari ni QH nak bawa semua terbang ke korea...ajommm...heeee
tetiba selera hari ni nak makan masakan dari sana pula...ada cerita sebenarnya...hari tu sempat la QH jalan-jalan cari makan di 4finger, Nu Sentral...sebab tengah trendingkan kedai makan tu sekarang...jadi cuba la juga...sekali sampai tempat yang ingin dituju...terkejut kejap, ramainya yang beratur...meja sentiasa full...dah terpaksa tunggu tepi meja nak cop tempat makan...tugas beratur untuk order makan kena serahkan pada adik QH...dia pon nak sangat makan kat situ jadinya kita bagi dia berusaha sikit untuk dapatkan ayam tu...heee



sekali dah sampai makanannya...sempat la snap buat2 kenangan makan di situ...sebab dah tak sabar nak menjamah ayam yang telah terhidang di depan mata tu...memang sangat sedap la makan kat situ...macam tak cukup pula order sikit...heee...tetapi mengenangkan masih ramai lagi yang beratur dan ada yang dah menunggu tepi meja...makan je la apa yang di depan mata...

akibat teringat2 akan kesedapan ayam 4finger tu...QH cuba2 la buat sendiri...walau tak sepenuhnya sama...adalah sepi2 sikit rasanya...puas juga makan apabila buat sendiri...habis juga...heeee...



ada petua tau untuk kekalkan ayam tu rangup walau dah sejuk...selepas goreng ayam tu...angkat dan toskan minyaknya...bairkan sekejap...kemudian dengan menggunakan api yang besar gorengkan lagi ayam tadi sekali lagi dalam 1-2 minit sahaja untuk rangupkan lagi bahagian luar ayam goreng tadi sahaja...angkat dan toskan minyaknya...lepas tu baru boleh sediakan sosnya pula...ajommm tengok resepi di bawah...




AYAM GORENG PEDAS

BAHAN2
6 keping kepak ayam
10 ketul drummet
2 inci halia - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
gula dan garam secukupnya
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar cili giling
1 biji telur ayam
tepung ayam goreng adabi secukupnya
minyak masak untuk mengoreng


jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih

CARANYA
gaul ayam dengan garam dan gula secukup rasa.
gaul pula dengan halia dan bawang putih yang telah dikisar. perapkan selama 1/2 jam.
kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit, cili giling dan telur ayam. gaul sehingga sebati.
akhir sekali masukkan tepung goreng ayam adabi dan gaulkan sehingga rata.
panaskan minyak masak dan goreng ayam tadi sehingga garing. angkat dan toskan. biarkan sekejap kemudian goreng semula ayam tadi dengan menggunakan api yang besar selama 1-2 minit. angkat dan toskan minyaknya. ketepikan.



BAHAN SOS PEDAS
sedikit olive pomace oil/minyak masak untuk menumis
1 inci halia - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 sudu besar cili giling - boleh tambah jika suka lagi pedas
1 sudu kecil serbuk cili
chili flakes - jika suka
garam secukup rasa
1-2 sudu besar madu

CARANYA
panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar.
masukkan cili giling dan tumis sehingga naik minyak.
masukkan serbuk cili dan chili flakes. kacau sebati.
tambahkan garam secukup rasa dan madu. kacau lagi.
akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan digaul manja. siap dan sedia untuk dihidang.



No comments