Qasey Honey. Powered by Blogger.

AIR TEMBIKAI SODA



Salam my kesayangan...

Fuhhhh...
panasnya cuaca di luar sekarang ni...berbahang...kalau dapat minum segelas jus atau minuman berais sedap ni...bagaikan menari2 di anak tekak...heeee...nikmatnya!!
Semoga tabah jika singgah ke entri yang ini...bagaikan nak ambil je kan gelas tu dari skrin...bestnya kalau ianya terhidang dihadapan mata sekarang ni...


QH memang suka buat jus tembikai...pelbagai cara dan rasa yang boleh kita gandingkan bersama...letak buah laici la...campurkan dengan oren sunskist la...tapi kali ni QH campurkan dengan air 100plus perisa beri...wallaaa ohsem...ada la rasa macam ala2 minum di restoran mewah...cewahhhh...heeee...bukan kata segelas...2 gelas pon belum tentu cukup tau...bertapa nikmatnya rasa air ni...


Kalau merah lagi isinya...alahai lagi sedap dan manis isinya...kalau rasa ada niat nak berdiet tu boleh la amalkan selalu tau makan atau minum air tembikai ni...lagi elok bila dibuat air tu kurangkan gula atau tak payah letak langsung...baru la berkesan...sebab buah tembikai ni merupakan salah satu buah yang mempunyai kandungan air yang banyak...di bawah QH ada kongsikan apa lagi kelebihan buah tembikai ni...rupanya banyak manfaatnya...antara banyak2 tu QH suka yang no 9 tuhhh...heeee


10 KELEBIHAN MAKAN BUAH TEMBIKAI

1. Menambah Imun Dalam Badan.
Kandungan Vitamin C yang tinggi dalam buah tembikai didapati dapat membantu system imun dalam badan, memendekkan tempoh berlakunya penyakit dan juga membantu tubuh badan melawan penyakit jantung dan kanser.

2. Membantu Kesihatan Jantung
Kajian menunjukkan yang pengambilan potassium daripada buah-buahan dan juga sayur-sayuran mampu untuk menurunkan kesan darah tinggi dalam tubuh badan orang dewasa. Ini secara tidak langsung dapat merendahkan risiko strok dan juga penyakit jantung.

3. Melegakan Sakit Pada Otot
Tembikai mengandungi Vitamin C yang diketahui mampu untuk melindungi tulang dan rawan, menyembuhkan tendon dan ligament, dan juga mempercepatkan proses penyembuhan luka dan tisu parut.

4. Mencegah Batu Karang Dalam Buah Pinggang
Tembikai adalah salah satu diuretic semulajadi, yang membantu membuang segala sisa melalui penambahan pengeluaran air kencing. Dalam pada minuman berkafein berfungsi sebagai diuretic, ia membebankan fungsi buah pinggang, tetapi tembikai tidak.

5. Membantu Proses Detoks
Kandungan tembikai mempunyai kandungan air yang tinggi (91 peratus) Memakan buah dan sayur yang mempunyai kandungan air yang tinggi membantu tubuh badan membuang toksin dan mengelakkan badan daripada menyimpan air yang berlebihan. Ia seterusnya melegakan perut kembung dan lebam.

6. Membantu Melawan Penyakit Kanser
Buah tembikai juga terkenal sebagai sumber antioksidan Vitamin A dan Vitamin C, di mana keduanya membantu melawan radikal dan menghalang DNA dari terus berkembang secara tidak selamat. Perkembangan DNA secara tidak selamat ini berpotensi membentuk tumor kanser.

7. Melindungi Kesihatan Kulit
Kajian turut menunjukkan yang kandungan antioksidan Vitamin A dan Vitamin C memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan kulit terutamanya bagi mereka yang telah berumur.

8. Merangsang Kesihatan Mata
Tembikai mengandungi Beta Karotena, dalam bentuk Vitamin A yang ditemui dalam tumbuh-tumbuhan. Ia sangat penting untuk mengelakkan kerosakan retina mata yang menyebabkan kehilangan penglihatan

9. Membantu Menurunkan Berat Badan
Tembikai mengandungi Kandungan kalori yang sangat rendah disebabkan oleh kandungan air yang tinggi Walaupun begitu, ia mengandungi nutrien yang penting. Dengan hanya 40 kalori bagi setiap cawan tembikai, ia adalah bahan kudapan terbaik atau bahan tambahan kepada jus yang menyihatkan.

10. Mengurangkan Pedih Ulu Hati
Tembikai dapat membantu melegakan saluran usus dalam perut dan menyeimbangkan tahap pH dalam perut. Ianya dilakukan dengan mengurangkan keradangan dan penghasilan asid dalam badan.




WATERMELON BREEZE

BAHAN2
Buah tembikai
Gula secukup rasa
air 100plus perisa beri
Ais batu secukupnya
Air jika perlu



jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih

CARANYA
Potong buah tembikai dan buangkan kulitnya. 
Ambil blender dan masukkan buah tembikai, air 100plus, gula, ais batu dan air jika perlu.
Blend sehingga kesemua bahan hancur dan sebati.
Tuang ke dalam jug dan boleh terus dihidangkan sejuk.
(jika suka ditapis ini terpulang pada selera masing2) QH tak tapis




No comments