Qasey Honey. Powered by Blogger.

ODEN YANG SENANG DAN SEDAP



Salam my kesayangan...

Kuasa suatu viral/tular...pada bulan lepas 1 Malaysia terkena virus oden...QH pon terjebak sekali dengan resepi ni...biasa beli di Family Mart...paham2 je la kalau ke sana...harus beratur panjang untuk membeli...rata2 ingin mencuba akan kelazatan menu dari negara matahari terbit...rata2 budak2 dan remaja la yang menggemarinya...termasuklah adik QH yang sorang tu...suka sangat beli oden...

tentang sejarah dan asal usul oden ni boleh la membaca info di bawah tu yea 



PENGENALAN: APA ITU ODEN DAN ASAL-USUL ODEN

Oden merupakan masakan panas Jepun yang terdiri daripada bahan-bahan diperbuat daripada tauhu, fishcake, telur, rumpai laut, sayuran, daging, makanan laut dan sebagainya. Bahan-bahan ini direndam dalam kuah sup yang berasaskan kicap soya. Antara bahan yang sering dimakan bersama kuah sup oden ialah daikon, konnyaku, telur rebus, chikuwa, hanpen, atsuage, dan ganmodoki. Penyediaan kuah oden berbeza mengikut tempat, contohnya ada kuah oden yang menggunakan stok dashi. Oden biasanya ditemui pada musim sejuk di bulan September dan Oktober kerana penduduk Jepun akan makan oden untuk memanaskan badan. Sake biasanya dicampur dalam kuah oden untuk memberikan kehangatan dalam badan. Oleh itu oden terkenal sebagai makanan di musim sejuk. 

Orang Jepun percaya bahawa oden berkhasiat dimakan kerana mempunyai nilai kalori yang rendah di samping dapat menahan perut daripada lapar sepanjang musim sejuk. Oleh itu, kalau nak jadi kurus makanlah oden setiap hari.

sumber : Blog Yunfila


ni la oden yang dihasilkan oleh QH sendiri...ilham dan idea oden yang ringkas ni datangnya dari iger @cookbyain...meletop selepas menang dalam kontes yang adabi anjurkan...sangat senang dan mudah sahaja nak menghasilkan oden ni...dengan menggunakan produk adabi sekejap sahaja dah boleh siap oden ala2 family mart tu...walaupon tidak 100% sama...tetapi adalah sikit2 rasanya tu...bila dah pandai buat oden ni...bila2 terasa nak makan dah boleh buat sendiri jika mahu...tak payah lagi beratur panjang2...heeee



bahan2 kuah oden ni ada di bawah...ade yang tanya kat mana nak dapatkan frozen seafood...yang ni boleh tengok di mana2 supermarket bahagian frozen tu...dalam paket2...ada yang mix dan ada yang dijual berasingan jenisnya...ikut la nak pilih yang mana...bahan2 frozen ni lebih kurang sama macam yong tau foo...beza pada kuahnya sahaja...tak nak cucuk dengan lidi pon boleh...ikut pilihan masing2...





jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih

ODEN

BAHAN KUAH
1 1/2 liter air
2 paket perencah tomyam
1 paket perencah asam pedas
1 paket perencah sup siam
1 sudu kecil asam jawa xtra
gula secukup rasa

CARANYA
Di dalam periuk masukkan air, perencah tomyam, asam pedas dan sup siam
tutup periuk dan biarkan sehingga kuah mendidih
akhir sekali masukkan asam jawa xtra dan gula secukup rasa
jika rasa dah sempurna masukkan bahan2 oden





1 comment

Unknown said...

Kat mana beli lidi mcm tu