Qasey Honey. Powered by Blogger.

BISKUT FAMOUS AMOS CHOCO CHIP



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Bertemu lagi...
Kali ni kena update laju2...QH agak sibuk sikit hari ni...tapi tetap menyempat ke sini dulu...kikiki...

Ada yang bertanya pada QH perlu ke menggunakan tepung Redrose dalam membuat biskut?? itu terpulang jika nak biskut yang lebih rangup boleh tukarkan tepung gandum ke tepung redrose atau letakkan separuh tepung gandum, separuh lagi tepung redrose...untuk QH pula ada resepi yang QH gunakan sepenuhnya tepung redrose...ade resepi pula QH campurkan...tetapi sekarang ramai yang menggunakan tepung redrose ni kalau buat biskut...tepung redrose kebiasaanya hanya dijual di kedai2 bakery...jika nak lebih faham mengenai fungsi tepung redrose ni sila baca info seperti di bawah ni...

Tepung rose sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun kita tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum. Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies. Elok kalau dibuat Biskut Almond London. (sumber dari blog Asam Garam)


Untuk resepi kali ni...QH ambil dari blog Kak Wan...terima kasih sekali lagi kak...sebenarnya nama asal biskut ni Biskut Famous Amer Chocolate Chips tapi QH ubah sikit...sebab QH ada buat olahan sikit pada resepi ni...QH tak menggunakan coklat Le Bourne seperti yang Kak Wan guna...mesti lagi sedap agaknya kan jika letakkan coklat tu...takpe lain kali boleh cuba kalau rajin...hehehe...boleh aja ke bakery cari coklat tu tapi takut kalau ke bakery bukan setakat coklat tu aja yang QH angkut...silap2 nanti penuh satu bakul...lain pula ceritanya...hehehe...jadi QH guna la bahan2 yang sedia ada saja di rumah...ikut mana yang sesuai...

Walaupon takde coklat Le Bourne tu...biskut ni tetap sedap dan rangup rasanya...Famous Amos pon kalah tau...hahaha...tak percaya boleh cuba...biskut ni QH gunakan garfu saja...lepas tu QH cucuk2kan dengan garfu biarkan ianya mengerutu sikit...QH buat kecil2 sebab biskut ni akan mengembang bila dibakar...kena jarak2 sikit antara biskut...jika berkenan dengan biskut ni...boleh ikut seperti resepi asal atau resepi yang telah QH olahkan itu...selamat mencuba...



BISKUT FAMOUS AMER CHOCOLATE CHIPS
Dari Kak Wan
Resepi asal Chef Amer

Bahan A
200 gm mentega
50 gm shortening
70 gm gula pasir (QH guna gula kastor)
90 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur gred A + 1 kuning telur gred A + 1 sudu besar susu cair

Bahan B – satukan
300 gm tepung gandum (QH campurkan separuh dengan tepung Redrose)
10 gm serbuk koko
30 gm susu tepung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
100 gm chocolate chips (QH guna butterscotch chips)
100 gm coklat susu – sagat (QH guna dark choco chips)
80 gm almond flakes/almond nib (sangai dulu) (QH guna hazelnut)
60 gm cornflakes – ramas kasar (QH guna 30 gm cocoa crunch + 30 gm krispies rice)


Caranya
1. Bahan A : Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim. Masukkan susu cair, esen vanilla dan telur. Pukul hingga sebati.
2. Bahan B : Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Gaul bersama bahan2 lain di dalam mangkuk.
3. Masukkan adunan mentega dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Ambil doh sebesar ibu jari dan susun di dalam pembakar. Jarak untuk biskut mengembang.
4. Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 160C selama 20-25 minit.


13 comments

Shiela said...

Sedapnyer nampak QH

fazianbatrisyia said...

mesti sedap ni

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam
Penuh kekacang, yummyy

Anna Qawina said...

Banyak la dlm list nak buat..dan ke x..hee

Unknown said...

nampak sangat enak. semalam saya dah beli beberapa bahan. sekali susu tepung plak xde... huhu... nanti malam ni saya try & error guna bahan yang ada saja sambil bakar biskut leh sambil ambik minumankecergasanbadan

Anonymous said...

Assalamualaikum..saya ingin tanya shortening tu macam mana nyer? and boleh dibeli dimana?

Unknown said...

Selama ni diana buat biskut ni gune tepung red rose...Sgt rangup. 1 kg tepung red rose dpt repeat byk Kali buat...hihihii

Anonymous said...

shortening tu lemak syuran... ;-)

shuha_nordin said...

Susu tepung tu guna susu tepung ape ye?

Anonymous said...

Salam.mintak izin guna resepi awak yer..

Unknown said...

Assalam QH guna telor gred ape nya..tq

Madam N said...

raya tahun lepas buat biskut ni.. adik2 suka sgt

Kak Noor said...

Assalammualaikum QH. Sedap sangat akak tengok biskut choc chip ini. Pernah cuba beberapa resepi biskut choc chip, tetapi bila tengok resepi ini dan boleh rasa kesedapannya. Nanti nak cuba buat. Lagipun ada orang yang order biskut choc chip minggu ini. Terima kasih perkongsiannya ye.