Qasey Honey. Powered by Blogger.

BURGER NASI LEMAK DI McDONALD'S MALAYSIA



Salam my kesayangan…

Pada 25 April 2018, McDonald’s Malaysia telah memperkenalkan Burger Nasi Lemak bagi meraikan kegemaran rakyat Malaysia terhadap hidangan tradisional ini sejak sekian lama.


Pada hari tersebut QH telah mendapat jemputan dari pihak FriedChilles.com untuk menghadiri pelancaran Burger Nasi Lemak yang diadakan di McDonald’s Kota Damansara. Dikesempatan ini QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak FriedChilles.com kerana sudi menjemput QH untuk memeriahkan majlis tersebut.


Burger Nasi Lemak ini boleh didapati dalam tempoh masa terhad dari 26 April 2018. Burger Nasi Lemak pastinya mampu membangkitkan citarasa dengan kepingan ayam enak yang dimasak menggunakan santan dan disaluti dengan emping jagung yang rangup. Ditambah pula dengan sos sambal istimewa, telur goreng, bawang tumis serta kepingan timun segar yang dihidangkan bersama ban cili.



Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Puan Melati Abdul Hai berkata Mcdonald’s berbangga kerana dapat menawarkan hidangan-hidangan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.



Burger Nasi Lemak McDonald’s merupakan satu lagi menu hasil inspirasi dari hidangan tempatan yang digemari ramai. Antara menu kegemaran ramai lain termasuklah Bubur Ayam, Cakoi dan juga Ayam Goreng McD yang sangat popular. Selain itu, McDonald’s Malaysia turut menyediakan menu pencuci mulut citarasa tempatan seperti D24 Durian McFlurry, Milo McFlurry, Banana Pie, Pulut Hitam Pie, Red Bean Pie, Taro Pie dan aiskrim kon perisa Cendol.



“Burger Nasi Lemak McDonald’s diinspirasikan daripada rasa enak nasi lemak tempatan yang dijual oleh para pengusaha tempatan. Kami berbangga kerana dapat memberi penghormatan atas sumbangan mereka yang menghidupkan legasi nasi lemak sehingga hari ini.



Bagi memberi penghormatan kepada para penjual nasi lemak di seluruh Negara dan meraikan kegemaran rakyat Malaysia terhadap hidangan popular ini, McDonald’s menjemput enam pengusaha nasi lemak untuk turut serta dalam majlis pelancaran hari ini” kata Melati.



Mereka ialah:


1. Nasi Lemak BK 4, Bandar Kinrara, Kuala Lumpur
2. Nasi Lemak Angah, Sentul, Kuala Lumpur
3. Warung Sinarnor, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur
4. Warung Rindu Pak Ya, Pantai Dalam, Kuala Lumpur
5. Nasi Lemak Mok The, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
6. Barba Bros, Bandar Utama, Petaling Jaya


McDonald’s akan terus menambah baik tawaran menunya dengan pelbagai pilihan hidangan untuk memenuhi citarasa para pelanggan. “Kami ingin berada lebih dekat di hati pelanggan dengan menawarkan menu yang mampu memenuhi citarasa ramai, pelbagai pilihan yang mudah dan harga yang berpatutan”.


“Untuk memastikan matlamat ini tercapai, kami perlu sentiasa melakukan inovasi terhadap menu kami, termasuklah kemampuan untuk sentiasa peka dan mengambil tindak balas efektif terhadap kemahuan pelanggan yang berubah-ubah”, tambah beliau.


“Seiring dengan janji kami untuk menyediakan hidangan yang enak untuk semua, McDonald’s Malaysia akan terus memberi focus untuk menawarkan hidangan yang segar, berkualiti tinggi dan bernilai bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmatinya pada bila-bila masa”, kata Melati.



Burger Nasi Lemak McDonald’s boleh didapati dengan harga RM14.95 untu ala carte dan RM16.95 untuk set regular termasuk kentang goreng dan 100PLUS.



Pendapat peribadi QH pula, sejak dari dahulu QH memang gemarkan menu2 yang terdapat di McD Malaysia. Antaranya yang paling QH suka Oreo McFlurry dan ayam goreng spicy McD. QH pon gemar mencuba apa saja keluaran terbaru dan limited dari McD. Terbaru ni QH telah mencuba sendiri Burger Nasi Lemak yang mempunyai citarasa Malaysia. Terasa akan kepedasan sambalnya dan dilengkapi pula dengan aksesori set nasi lemak. Cukup serasi kombinasi tersebut dan set lengkap yang cukup mengenyangkan. Harganya pula berpatutan.


Sempena majlis pelancaran tersebut QH berkesempatan berjumpa dengan sifu blogger yang terkenal iaitu Kak Azlita dari blog Masam Manis. Sememang QH tidak menyangka dapat bertentang mata dan berlaga pipi dengan Kak Ita. Sempat la jugak QH merakam kenangan manis tersebut bersama Kak Ita, pengacara popular Maria Tunku Sabri,  pelakon dan pengacara Adriana Adnan.



Haaa sebelum tu, dikesempatan ini juga QH mohon jasa baik kawan2 dan pengikut QH untuk vote QH dalam Makan Best Awards 2018 kategori “BEST FOOD WEBSITE (BM)”. Untuk mengundi sila ke klik link yang tertera. Undian tersebut amat2 QH hargai. Terima kasih semua dan teruskan untuk menyokong Qasey Honey sampai bila2. In shaa Allah.



No comments