IKAN KERISI GORENG BERLADO
Salam
my kesayangan…
Rasa
macam dah lama pulak tak berkongsi resepi di sini kan…macam2 lagi yang QH nak
updatekan di sini…memasing tengah menunggu giliran dah tu…heee…kebetulan banyak
pulak aktiviti QH tu yang tak menyempat nak up to date…terpaksa la throwback…kikiki…satu
la hal yang melambatkan untuk mengupdate ni…pening kepala mana satu gambar yang
terbaik kununnya…heee…tu la akibat bila snap tak ingat dunia…lenkali nasihat QH
minimalkan jer shot tu…jenuh nak pilih nanti…
Resepi
kali ni resepi belasahan dari QH yang paling senang dan banyak kali dah QH
masak jika kemalasan melanda…rasa rajin dan malas selalu seiring dan sejalan
tau…tapi banyak yang malas tu …adoiii…tengok la gambar pon ala kadar jerk..ada
masa malas gak nak snap beriya bagai…prop guna ape yang ada depan mata jerk…heee…lagi
bila tahap lapo dah kritikal…memang tak la nak snap…ambil nasi terus ngapp jerk…heee…ok
la panjang lak mukadimahnya…ajommm tengok resepinya…
IKAN KERISI GORENG BERLADO
BAHAN2
4
ekor ikan kerisi
Serbuk
kunyit
Tepung
jagung
Garam
Minyak
untuk menggoreng
CARANYA
Siang
ikan dan bersihkan. Untuk menghilangkan hanyir ikan biasanya QH akan basuh
dengan limau purut. Perah dan rendamkan sekejap. Kemudian baru dibersihkan
sekali lagi. Toskan airnya.
Lumur
ikan dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Kemudian
ratakan dengan tepung jagung secukupnya.
Panaskan
minyak masak. Apabila minyak dah panas, gorengkan ikan tadi sehingga garing.
Angkat dan ketepikan.
BAHAN SAMBAL
25
biji cili padi – merah dan hijau
3
biji bawang kecil
3
ulas bawang putih
1/2
inci halia
Sedikit
belacan – bakar (jika suka)
1
bawang besar – hiris
Garam
dan gula secukup rasa
Sedikit
air
Minyak
untuk menumis
CARANYA
Kisar
cili padi, bawang kecil, bawang putih, halia dan belacan dengan menggunakan
food professor.
Panaskan
kuali dan ambil sedikit minyak bekas goreng ikan tadi untuk menumis bahan2 yang
telah dikisar tadi sehingga naik bau.
Kemudian
masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi. Gaul rata.
Tambahkan
sedikit air untuk berkuah.
Akhir
sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Jika
rasa telah sebati, matikan api.
Boleh
juga ikan yang telah digoreng tadi digaul terus ke dalam sambal atau curahkan
sambal ini ke atas yang telah di goreng.
Post a Comment