SOTONG MASAK LADA HITAM
Salam my
kesayangan…
QH ni kalau
menyiang sotong suka buang kulit sotong tu siap2…mengikut jejak emak QH la dan
adik beradik QH pon mengikut juga…kalau nak sotong tu nampak cantik terkadang
QH biarkan aje kulitnya tu…heeee…cara yang QH gunakan untuk hilangkan hanyir
sotong dengan rendamkan sotong tu dengan perahan limau kasturi atau limau purut…contohnya
1 kilo sotong letak la lebih kurang 3-4 biji limau kasturi…perah dan rendamkan
seketika…pastu bilas…wangi jer nanti dan bau hanyir pon hilang…ada yang
menggunakan tepung gandum..lagipon tepung gandum lebih mudah dan sudah tentu ada di rumahkan tetapi
QH lebih suka menggunakan limau purut…yang ni ikut la mana yang rasa senang…mana petua yang QH tahu...QH akan kongsikan...
Kali ni QH
masak sempoi2 jerk…masak 1 lauk macam2 ada dalam tu…jimat heeee...ada sotong
ada sayur2 lagi…salah satu cara kalau QH nak makan sayur masak begini la…heee…boleh
tambah telur dadar sebagai lauk tambahan…lagi ummphhh la…mesti makan tu akan
bertambah nanti…resepi ni mengikut selera QH dan Alhamdulillah sedap tau…hehehe…lada
bengala atau capcicum tu kalau nak guna 1 jenis je pon boleh…kalau tak nak
membazir la kan…tetapi dalam hidangan yang QH sediakan…QH gemar mencampurkan
warna…biar bewarna warni dan nampak ceria…bagi bertambah lagi selera nak makan…ok
la seperti biase resepi ada di bawah…
SOTONG MASAK LADA HITAM
BAHAN2
1 kilo sotong – bersihkan dan dipotong
kecil
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3 sudu kecil lada hitam - kisar kasar
1/3 biji lada bengala/capcicum merah
1/3 biji lada bengala/capcicum hijau
1 batang lobak merah
1/3 biji bunga kobis
1 biji bawang holland - potong bulat
2 sudu besar kicap jalen manis
3 sudu besar sos lada hitam
1 cawan air + 1/2 sudu kecil tepung
jagung - bancuh
Gula dan garam secukup rasa
CARANYA
Panaskan minyak dan tumiskan bawang
besar dan bawang putih yang telah di hiris sehingga sedikit layu.
Masukkan lada hitam yang telah di
kisar tadi. Gaul rata.
Masukkan sotong dan biarkan sehingga keluar air sotong.
Masukkan sotong dan biarkan sehingga keluar air sotong.
Masukkan kicap manis dan sos lada
hitam. Gaul rata.
Kemudian masukkan lobak merah dan
bunga kobis yang telah di potong. Gaul rata.
Tambahkan bancuhan air yang telah di campurkan
dengan sedikit tepung jagung tadi. Jika ingin berkuah tambahkan air.
Masukkan lada bengala merah dan hijau. Kacau lagi.
Masukkan lada bengala merah dan hijau. Kacau lagi.
Apabila kuah sudah sedikit pekat, masukkan bawang holland yang di hiris
bulat. Gaul rata.
Akhir sekali tambahkan sedikit gula
dan garam secukup rasa. Perasakan rasanya. Sekiranya rasa sudah sempurna, matikan
api
Hidangkan bersama dengan nasi putih
panas.
Post a Comment