Qasey Honey. Powered by Blogger.

BANANA PANCAKE / PANKEK PISANG YANG SEDAP



Salam my kesayangan...

Antara pilihan QH apabila perut berasa lapar ketika hujan...sebab nak buatnya sangat senang...cuma ambil masa sedikit nak kena masak pancake tu satu persatu sehingga siap...acah2 la kita gantikan lempeng dengan pancake la pulak...heeee...

tetapi pancake ni QH suka makan dengan nutella tau berbanding dengan madu...yang ni nanti ikut pilihan masing2 la nak makan dengan apa...ada yang suka makan dengan jem...



Pancake yang QH buat ni nak makan begitu sahaja pon sedap juga tau...sebab di dalamnya QH dah masukkan pisang...sudah ada rasa manisnya pisang tu...makan lagi dengan nutella...heaven dan berkeping2 masuk ke mulut...heeee

lagi satu QH tak guna susu segar dan QH gantikan dengan air biasa untuk pancake ni...seperti biasa resepi ada di bawah...



PANCAKE PISANG YANG SEDAP

BAHAN2
1 biji telur gred A
2 sb minyak masak
1/2 sk esen vanila 
2 biji pisang - lenyekkan
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
garam secukup rasa
3/4 cawan air atau secukupnya

CARANYA
Lenyekkan pisang dan ketepikan.
Satukan tepung gandum, baking powder dan garam. Ayak dan ketepikan.
Dalam bekas yang lain, pukul telur sekejap kemudian masukkan minyak masak dan esen vanila. Kacau lagi.
Masukkan pisang yang telah dilenyek. Gaul rata.
Masukkan pula campuran sedikit demi sedikit. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan air. Gaul rata.
Panaskan kuali leper non stick sudukan adunan pancake tadi mengikut size pilihan satu persatu sehingga siap.
Hidangkan bersama madu/butter/jem/nutella.




kolaborasi bersama tik.tok Malaysia

No comments