Qasey Honey. Powered by Blogger.

PULUT KUNING MUDAH SAHAJA NAK BUATNYA...



Salam my kesayangan...

kalau nak tahu...ini adalah cubaan pertama QH tau masak pulut kuning sendiri...dengan siapa QH berguru, sudah tentu la dengan mak QH sendiri...sebelum2 ni selalu tengok dan makan je...kalau rasa nak makan minta mak buatkan atau QH beli je la...lama2 ehh apa kata belajar buat sendiri pula...tengok cara masak pulut ni macam senang aje...sebelum ni bukan apa tak nak buat sendiri...takut pulut tu tak masak aje...hasil cubaan pertama ni memuaskan la...cuma macam rasa kunyit tu terlebih sikit...heee



Cubaan pertama ni QH masak 1 kg juga...sebab nak tahu banyak mana dapatnya...biasa kalau mak QH yang masak dia masak banyak terus sebab anak2 dia semuanya suka makan pulut kuning ni...lagi makan banjir dengan kuah kari ayam...heavennya...cuma dah usia2 QH tak boleh dah nak makan banyak2 macam dulu2 tu...mahu angin karang...heee

resepi di bawah tu rasanya lebih kurang sama aje kan dengan resepi pulut kuning yang lain...rasanya itu aje la kaedah cara masaknya...tiada yang lain...yang membezakannya warna pulut tu la...ada yang suka kaler yang terang2 sikit...ada yang suka cerah2 sikit...yang ni terpulang la pada pilihan masing2...yang penting pulut kuning ni jangan lembik aje...yang tu perlu di jaga...ok la pada yang lain yang belum pernah cuba masak pulut kuning tu sendiri...jom kita sama2 belajar...





jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih

PULUT KUNING

Bahan2
1 kg beras pulut
1 sb serbuk kunyit
2-3 keping asam keping - tujuan untuk menggilatkan pulut itu nanti
garam secukup rasa
air secukupnya
daun pandan

Bancuhan santan
1 kotak santan
21/2 cawan air
serbuk kunyit secukupnya
garam secukup rasa


langkah pertama cuci beras pulut dan toskan
masukkan ke dalam mangkuk dan rendamkan bersama air, serbuk kunyit, garam dan asam keping
rendamkan selama 2 jam
panaskan pengukus dan biarkan air sehingga mendidih
susun daun pandan pada dasar penggukus
tapis pulut yang telah direndam 2jam tadi dan toskan airnya 
masukkan pulut ke dalam penggukus dan kukus selama 30 minit atau setengah masak
sementara tunggu pulut dikukus, sediakan air santan
satukan santan, air, serbuk kunyit dan garam secukupnya. kacau rata. ketepikan
selepas 30 minit, alihkan pulut tadi ke dalam mangkuk
masukkan campuran santan sedikit demi sedikit sampai pulut lembut. jangan terlalu lembik
masukkan semula pulut tadi ke dalam penggukus dan kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak
apabila telah masak, cepat2 sendukkan ke loyang dan tekan2 pulut tadi sehingga padat
biarkan sejuk dan makan bersama kuah kari/rendang


No comments