Qasey Honey. Powered by Blogger.

NASI AYAM DAN AYAM MADU BAKAR



Salam my kesayangan...

Rasa dah lama sangat tak masak nasi ayam di rumah...jadi teringin pula...sesekali makan sebegini kat rumah sambil santai2 best jugak kan...

Cuma time masak je la QH ada kalut sikit sejak dah buat video masak2 ni...kena buat dengan tertib dan step pon kena tunjukkan betul2...lain kalau masak takde rekod2 ni...kalau ada barang yang tertinggal...kita boleh aje campakkannya bila2 masa...heeee...dari masa ke semasa QH akan perbaiki sebarang kelemahan yang ada...

yang penting pembaca2 blog QH subscribe la banyak2 di channel youtube QH tu...bagi la semangat sikit kat QH...kalau ramai subscriber lagi rajin QH akan update di sana nanti...heee


Ok untuk buat nasi ayam ni...kalau tengok banyak step yang kena buat dan masakkan...buat adik2 atau sesiapa sahaja...nak mudah dan senang...sediakan dahulu kesemua bahan yang nak di masak tu...susun elok2 ikut keperluan...kemudian baru la mulakan memasak...kalau ikut cara yang QH bagitahu tu tentu kerja2 memasak tu menjadi mudah dan senang jerk...kebarangkalian bahan tertinggal pon tipis...heee

Untuk buat nasi ayam ni...step pertama yang perlu di buat adalah rebus ayam tu dulu...resepi di bawah ni QH letak di bawah sekali pula...

Lepas dah siap rebus ayam tu...baru la boleh buat step2 yang lain...sebab kesemuanya perlu menggunakan air rebusan ayam tu di dalam resepi...nampakkan sangat berguna air rebusan ayam tu...

Kesemuanya ada QH sediakan di bawah...ikut sahaja...kalau tak paham lagi...boleh tengok video yang QH sediakan juga di bawah tu...JANGAN LUPA SUBSCRIBE tau...terima kasih semua...



NASI AYAM BASMATHI

Bahan2
2 cawan beras basmathi - rendam 30 minit
50 gm butter
1/2 cawan kulit dan lemak ayam
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia * kisarkan bersama
1 kuib ayam
1 helai daun bay
1 helai daun pandan
Air rebusan ayam secukupnya
1 sk serbuk kunyit
garam secukup rasa

Caranya
Di atas dapur, panaskan periuk dan cairkan mentega.
Kemudian masukkan kulit dan lemak ayam. Goreng sehingga garing. Kemudian keluarkan kulit dan lemak ayam tadi (tujuannya kulit dan lemak ayam mengeluarkan minyaknya sendiri dan kita nak bau dan minyaknya sahaja - rahsia nasi ayam menjadi sedap)
Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan kiub ayam dan daun bay. tumiskan sekejap.
Kemudian masukkan beras basmathi yang telah direndam dan dibasuh bersih. gaul rata bersama bahan tumis tadi.
Masukkan pula daun pandan dan air rebusan ayam secukupnya.
Akhir sekali masukkan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. gaul rata kesemuanya.
Matikan api dan masak nasi menggunakan rice cooker sehingga masak. gaul nasi menggunakan chopstick untuk menggelakkan nasi patah/hancur.


SAMBAL CILI

Bahan2
8 biji cili merah *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia * kisar bersama
200 ml air rebusan ayam
2 sb sos cili - boleh tambah jika suka pedas
1 sk tepung jagung + air - bancuh
1 biji limau kasturi - ambil jusnya
gula dan garam secukup rasa

Caranya
Di dalam kuali masukkan bahan kisar dan air rebusan ayam. gaul dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan pula sos cili. kacau lagi. 
Masukkan pula campuran air dan tepung jagung (tujuan untuk memekatkan kuah)
Perahkan limau kasturi. Perasakan rasanya dengan gula dan garam secukup rasa. siap.


KUAH KICAP

Bahan2
1 cawan air rebusan ayam
5 sb kicap manis
3 sb besar kicap masin
1/2 sk minyak bijan

Caranya
Satukan semua bahan dan digaul rata.

SUP AYAM
untuk sup ayam pula, air rebusan ayam tadi tambahkan garam secukup rasa, sedikit bawang goreng dan daun sup. Jika suka boleh tambahkan bebola ayam, kentang dan sebagainya (sup yang QH buat ni, kaki ayam tu dah dimasuk awal2 semasa merebus ayam)


AYAM MADU BAKAR

Bahan untuk rebusan
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 inci halia
1 kiub ayam
garam secukup rasa
1/2 ekor ayam/3 keping Leg Quarters
Air untuk merebus (banyak pon takpe sebab akan guna untuk sup, nasi, sambal cili dan kuah kicap)

Caranya
Rebus air sehingga betul2 mendidih. Kemudian masukkan semua bahan di atas. Tutup periuk dan rebus ayam sehingga masak.
Keluarkan ayam dan ketepikan air rebusan. Buat step seterusnya.

Bahan untuk dibakar
4 sb minyak bijan
4 sb besar kicap
4 sb sos tiram
8 sb zero sugar syrup@treasure sugar/madu

Caranya
panaskan oven 180C. Satukan semua bahan di atas pada ayam yang telah direbus tadi. Gaul sehingga rata.
Letak ayam di tray dan bakar selama 15-20 minit. 




No comments