Qasey Honey. Powered by Blogger.

ROTI JALA BUNGA TELANG YANG LEMBUT SAMPAI KE PETANG...JOM CUBA!!


Salam my kesayangan...

Masih cuti sekolah kan...jom petang ni buat menu minum petang...nak buat untuk sarapan pagi pon boleh jer...sedap jerk bila2 masa nak di makan...QH pasti roti jala ni menjadi peberet setiap orang kan...bila dah makan tak cukup setakat 2-3 keping ke gulung ker...mesti makan lebih dari tu...heee baru puas makan kan...kena pula dengan kuah kari yang pekat likat...perghhhh mengundang betul la...

Roti jala yang QH buat ni...QH makan bersama dengan kari ayam nyonya...haaa buat macam ala2 kedai gitu...heee...resepi kari ayam nyonya ni nanti QH akan update kendian ekk...hari ni bagi laluan pada resepi roti jala yea...


Ada yang menegur...QH ni suka sangat buat apa2 resepi letak bunga telang...entah la dah memang QH suka dan stok bunga telang tu sentiasa ada je di rumah...mana yang tidak tahu di mana nak cari bunga telang ni...boleh ke Village Grocer atau kedai bakery (bahan kek) ada jual...harga pon tak mahal...

ok la berbalik pada roti jala ni...QH sesaje la tukar sikit warna dan rasanya tu dengan menggunakan bunga telang...rasa menarik pula rupanya bila dah siap...warnanya pon tidak keterlaluan...cuma kurang kemas jaluran dan lipatan roti jala tu...asyik terpeleot je tangan ni bila menjala...apa yang menariknya roti jala ni tetap lembut dan sedap hingga ke petang...

resepi ni seperti biasa ada di bawah dan QH juga menyediakan video cara membuatnya langkah demi langkah...sila klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=CwFIhOz8-FU yang tertera yea...jangan lupa untuk subscribe channel youtube QH...terima kasih



bahan2
3 cawan tepung (jika adunan cair tambah lagi 2 sb)
garam secukup rasa
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar bunga telang (rendam/rebus dan jadikan 1 cawan airnya) lebihkan sedikit bunga telang jika tidak mahu menggunakan pewarna makanan
11/2 cawan air
2-3 titik pewarna royal blue (optional)



caranya
Satukan ke semua bahan di atas dan kacau sehingga semua sebati.
Kemudian tapis adunan tadi dan masukkan ke dalam botol muncung 3. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
panaskan pan non stick dan jala secara lurus/menegak (sila rujuk video)
biarkan roti jala sehingga bahagian bawah tidak melekat. tidak perlu di balikkan.
Angkat dan gulung roti jala dengan kemas.

#boleh juga siapkan menjala sehingga siap dan kemudian barulah digulung satu persatu.




roti jala bunga telang
https://www.youtube.com/watch?v=CwFIhOz8-FU
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

No comments