Qasey Honey. Powered by Blogger.

SANGKAYA THAI PANDAN ALA BOAT NOODLE YANG SEDAP DAN MUDAH



Salam my kesayangan...

jom lepak boats noodle...eh ehh tak payah la
apa kata hari ni lepak kat rumah je dan belajar buat sendiri jer...heee

amboiii semuanya nak buat sendiri ekk...sangkaya pandan ni memang sangat popular di boat noodle...malah menjadi pilihan peberet jikalau siapa saje yang ke sana...menjadi hidangan wajib dan patut ada di atas meja apabila makan di sana...

tetapi kan kalau nak puas makan dan nak berjimat...apa kata kali buat sendiri...lagi2 la sekarang ni musim cuti sekolahkan...macam kena sangat resepi ni untuk dicuba...seronok makan ramai2...pulak tu boleh agak sendiri nak buat banyak mana... 


Resepi ini QH ambil dari blog Teratak Mutiara Kasih...haaa panjang nau nama blog ni...empunya blog ni antara kenalan alam maya yang agak rapat la juga...kalau dah hari2 membawang tu kira rapat sangat2 la ekkk...heeee

resepi ni menjadi pilihan QH kerana menggunakan santan...sebab ada resepi yang menggunakan susu...sangkaya ni sangat sedap dan hampir lebih kurang sama dengan rasa yang di kedai tu...sangat berbaloi pada siapa yang ingin mencuba...in shaa Allah sekali buat pasti menjadi la...

untuk memudahkan faham cara untuk membuat sangkaya ni...QH juga sediakan video...klik sahaja pautan link yang tertera https://www.youtube.com/watch?v=9Gxs_tIij14...mudah bukan...di dalam video tersebut QH tunjukkan langkah demi langkah sehingga la siap sangkaya tu...jangan lupa untuk subscribe channel youtube QH tau...banyak lagi video2 yang menarik akan dikongsikan di sana...teruskan bersama tau...terima kasih


SANGKAYA THAI PANDAN / THAI PANDAN CUSTARD
sumber TMK
https://www.youtube.com/watch?v=9Gxs_tIij14

BAHAN2
200 ml santan
200 ml air
3 biji kuning telur
4-5 helai daun pandan
3 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula merah
garam secukup rasa
2-3 titik pewarna hijau epal

 
Bahan lain
Roti secukupnya - nak sedap kukuskan sekejap



CARANYA
satukan ke semua bahan2 di atas kecuali garam dan pewarna hijau ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat dan sebati
sediakan pan dan tapis bahan yang dikisar tadi ke dalam pan
hidupkan api (perlahan) dan kacau perlahan2
masukkan garam secukup rasa dan pewarna hijau epal. kacau lagi sehingga adunan pekat dan kelihatan meletop2.
sedia untuk di hidangkan bersama roti.


sangkaya thai pandan / thai pandan custard
https://www.youtube.com/watch?v=9Gxs_tIij14
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

No comments