Qasey Honey. Powered by Blogger.

TEPUNG BOKO UBI KAYU BUNGA TELANG YANG SEDAP DAN LAIN DARI YANG LAIN (WAJIB CUBA)



Salam my kesayangan...

wahhh biru mata hitamku dibuatnya hari ni...heeee
sesekali takpe kan...lagipon ini menggunakan pewarna asli dan dari sumber air bunga telang...tidak menggunakan pewarna makanan...cuma warnanya itu agak over sikit kot...tapi ada yang kata ok dah tu...cantik...berbeza2 pandangankan...

maih belum move on dengan boko ubi kayu ni sebenarnya...pada QH kuih ni sedap sangat...lagi lama di simpan dalam peti sejuk tu lagi sedap rasanya...cubaan kali ni buat tepung boko ubi kayu lagi dengan menggunakan bunga telang pula...QH pula dah lama tak bereksperimen...nasib baik menjadi dan sedap la pulak...


Selagi stok bunga telang tak abis lagi...macam2 yang nak dibuatnya...di dalam simpanan folder ada lagi resepi dari bunga telang ni...nantikan kemunculannya ye...cewahhhh

cara untuk buat boko ubi kayu bunga telang ni...hampir sama dengan boko ubi kayu pandan yang QH pernah buat sebelum ni...cuma gantikan sahaja air pandan tu ke air bunga telang dan lagi satu...bunga telang tu boleh la ejas2 nak terang mana warna tu nanti...nanti apabila telah siap...sedap tau kuih ni dan akan terasa aroma bunga telang ni...susah untuk diterangkan...jadi kena la mencuba ye...

resepi ni QH sediakan seperti di bawah dan QH juga menyediakan video untuk resepi ini langkah demi langkah...lagi mudah untuk fahamkan...klik pautan link yang tertera https://www.youtube.com/watch?v=z0izbqnG5fA&t=18s untuk terus menonton...yang penting jangan lupa untuk subscribe channel youtube QH untuk menonton lebih banyak video2 yang menarik akan datang...in shaa Allah...


TEPUNG BOKO UBI KAYU BUNGA TELANG
https://www.youtube.com/watch?v=z0izbqnG5fA&t=18s

Bahan lapisan bawah
3 cawan ubi kayu – di parut
11/2 cawan gula
1/4 sk garam
2 cawan air
1-2 sudu besar bunga telang

 
Caranya
rendam bunga telang dengan air suam dan biarkan sehingga warnanya keluar
sementara tu parut atau kisar ubi kayu tadi
jika terlampau berair tapiskan airnya (ada airnya sikit2 takpe)
tapis bunga telang tadi n ambil airnya jadikan 2 cawan 
satukan ke semua bahan dia atas n gaul rata
Kukus sampai masak/20-30minit. Angkat dan ketepikan.



Bahan lapisan atas
1 kotak santan kara - 200 ml
500 ml air
4 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan - simpulkan

 
Caranya
Satukan semua bahan di atas dalam periuk/kuali. Kacau hingga semua bahan sebati dan larut.
Buka api perlahan dan masak hingga pekat.
Angkat dan nikmati bersama ubi kukus tadi.




tepung boko ubi kayu bunga telang
https://www.youtube.com/watch?v=z0izbqnG5fA&t=18s
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

No comments