Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dup dap dup dap jantung QH dibuatnya petang semalam...hampir menitiskan
airmata...otak pon jadi beku sekejap...petang lepas balik kerja...lepas dah
rehat sebentar...QH nak menjenguk la blog sebentar macam biase....tetiba
perkataan yang keluar "Sorry,
the blog at qaseyhoney.blogspot.com has been removed. This address is not
available for new blogs."
Terkedu seketika...dugaan ape lak ni...dah la QH dah
lama tak backup enrti2 yang ade ni...lepas tu apalagi berkali2 juga QH cuba membukanya...taip
balik URL blog QH ni pon tetap tak mahu...QH tenangkan diri dulu...lepas
maghrib QH cuba lagi tetap tak boleh...langkah terakhir QH report kat GOOGLE
dan ikut segala langkah yang diberikan...QH tutup balik lappy dan on
balik...alhamdulillah tarik nafas panjang QH lepas tu...blog QASEY HONEY boleh
dibuka seperti biase...kalau blog ni takde lagi...tak tahu la macam mane QH nak
lalui hari mendatang seperti biase...sebab QH sayang...terlalu sayang pada bloh
QASEY HONEY...sebab dari blog masak2 ni la QH belajar memasak dan mencuba
perlbagai menu...
Bile dah duduk berehat2 tu...QH terfikir...agaknya
ni la perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh blogger2 lain ketika blog
bermasalah tak boleh dibuka...baru QH tahu macam mane rasanya...tak boleh nak
diluahkan melalui kata2...seram sejuk rasanya badan ni petang semalam...ape
yang penting kita kena berfikiran positif...setiap masalah mestiade jalan
penyelesaianya...jangan mudah panik...walaupon itu lumrah sebenarnya kita
sebagai manusia...lepas ni QH kena rajin2 untuk backup entri2 yang ade ni untuk
mengelakkan kejadian yang sama berlaku lagi...sekurang2nya bile ade backup
ni...boleh la kita publish lagi entri tu semua...cuma yang akan kehilangan ade
la kawan dan para follower yang ade di alam maya ni...bukan senang nak melalui
itu semua...
Ok la kita tinggalkan episode sedih tu...tak mahu
dikenang walaupon ianya masih terbayang2 didepan mata...
Hari ni QH nk kongsikan resepi Sambal Serai Wangi
Bebola Ayam...resepi ni QH ambil dari Kak Ayu@Curlybabe Satisfaction...resepi ni sedap sebab ade aroma daun limau purut
dan serai...rasanya agak pedas sedikit...kalau sesiap tak tahan pedas tu boleh
la kurangkan sedikit kuantiti lada kering tu atau tak payah letak cili padi...
Pada Kak Ayu..QH mohon untuk letak resepi ni di sini yea...jom ke bawah
tengok resepinya...
SAMBAL SERAI WANGI BEBOLA AYAM
Bahan-bahan kisar :
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 30 batang cili kering (direndam) – boleh dikurang jika xsuka pedas
- 5 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 6 batang serai (dihiris kasar)-(Ayu gunakan 2 batang aje)
- 1 inci belacan
Bahan-bahan lain :
- 20 biji bebola ayam
- 2 biji kentang (dibelah 12 - macam wedges tu)
- 1/2 labu bawang besar (dimayang)
- 2 batang serai (hiris nipis)
- 1 batang serai (diketuk)
- 4 helai daun limau purut (dikoyakkan)
- 1 tsp asam jawa + 1/4 cawan air
- Garam
- Gula
- Minyak masak
Cara-cara :
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorang kentang. Angkat dan toskan. Kemudian goreng bebola ayam seketika dan toskan.
2. Tinggalkan sedikit minyak tadi untuk menumis bahan kisar. Tumis bahan kisar bersama bawang besar, hirisan serai, serai yang diketuk dan daun limau purut. Biar hingga kering.
3. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa.
4. Masukkan bebola ayam dan kentang goreng tadi ke dalam kuali dan gaul rata. Sesuaikan rasanya. Tutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi panas.
Post a Comment